BAB 1

Other Completed 2916

Nordin menyelak langsir biliknya. Cahaya matahari yang menerobos biliknya yang kelam itu seolah membutakan matanya.

Sudah pagi, fikirnya. Sambil mengenyitkan mata, dia memerhatikan kanak-kanak yang berlari dan bermain di padang sebelah jalan rumahnya sambil bergelak ketawa.

Sepatutnya dia turut sama tersenyum. Jika dia melihat kanak-kanak yang sama melakukan perkara yang sama beberapa hari dahulu, tentu dia akan turut sama tersenyum. Tetapi tidak hari ini.

Hati Nordin tidak tenang hari ini. Tidak juga ceria bahkan bengkak dengan perasaan amarah yang tidak tertanggung. Dia bangun awal. Tetapi dia tidak keluar untuk menikmati pagi yang indah ini.

Seperti kebanyakan penduduk di Taman Mawar yang lain, yang masih berlingkar di dalam selimut atau terus menancapkan mata di depan TV tanpa menghiraukan suasana pagi yang indah itu terus berlalu tidak kembali lagi, dia juga memilih untuk berkurung dalam bilik kelamnya.

Nordin sebenarnya tidak bangun awal. Bahkan dia sebenarnya langsung tidak tidur malam tadi. Dia hanya berguling-guling di atas tilam lusuhnya mencari idea untuk mahakaryanya.

Sebuah karya agung. Karya pertamanya. Mahakarya pertamanya. Dia sebenarnya tidak pernah meghasilkan sebuah lukisan yang siap. Apatah lagi sebuah mahakarya.

Sudah tentu, dia mempunyai asas dalam lukisan, mendapat B3 dalam Matapelajaran Lukisan semasa sekolah menengah dan B- dalam subjek minor graphic di Universiti, itu sudah dikira memadai baginya untuk menghasilkan sebuah mahakarya.

“Apa kau ingat susah sangat nak buat Masterpiece ?” katanya pada Nizam suatu hari. Hari sebelum kegilaan itu bermula.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience