BAB 5

Other Completed 2916

Apa yang orang pragmatik macam Nizam tahu tentang manusia seni sepertinya? Nizam hanya kerja, kerja dan kerja sahaja. Cukup bulan dapat gaji.

Dia pun hairan, orang seperti Nizam ada impiankah? Ada cita-citakah?

Baginya, Nizam adalah lawan kepada sifat dirinya walaupun mereka berkawan. Nizam tiada cita-cita. Nizam tiada impian selain dunia kecilnya dalam syarikat penghantaran itu. Mungkin orang akan menganggap Nizam sebagai seorang contoh rakyat yang berjaya.

Mempunyai rumah yang sederhana besar. Kereta MPV Ekonomi yang sporty walaupun anak baru seorang dan bergaji tetap. Memang itulah yang menjadi ukuran seorang yang berjaya. Tetapi baginya, Nizam adalah seorang yang malang.

Malang kerana hanya mengikut arus norma masyarakat. Masyarakat mahukan itu dan itulah yang disediakan oleh Nizam.

Masyarakat mahukan sesuatu yang ‘selamat’ dan tiada risiko dalam kehidupan dan itulah jua yang ditunjukkan oleh Nizam. Apakah Nizam tiada impiannya sendiri selain mengikut kata masyarakat?

Ya, sudah tentu Nizam mempunyai hobi. Jika pasal bola, Nizam boleh bercakap berjam-jam. Jika bercakap soal kereta, Nizam memang johan. Tapi setiap malam dilalui Nizam dengan sunyi.

Dia akan menonton televisyen sehingga tepat pukul 11 malam dan masuk tidur selepas menggosok gigi dan menutup lampu bilik anaknya. Jadualnya sama sahaja setiap hari sehingga Nordin mula memikirkan apakah maksud kehidupan pada mata Nizam.

Jadi Nordin sangat yakin yang Nizam memang dengki padanya. Sebab itu bila dia beritahu hasratnya untuk melukis sepenuh masa, Nizam tentang habis-habisan.

Mungkin Nizam tidak mahu dia jadi terkenal dan meninggalkan dia di syarikat yang memberinya jalan mati itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience