BAB 3

Other Completed 2916

Dan dia akan tersenyum bangga apabila diberitahu sedemikian rupa oleh bosnya tanpa memikirkan adakah gajinya selaku orang yang paling penting dalam syarikat – sebagaimana diberitahu oleh bosnya – menyamai dengan satu per sepuluh gaji bosnya.

Tidak, bukan kerana busuk hati terhadap bosnya. Tetapi dia mulai memikirkan adakah kehidupan sebegini yang diinginkan olehnya.

Berpening kepala setiap akhir bulan mengimbangkan akaun syarikat yang dia sendiri tidak pedulikan jatuh bangunnya dan mengira setiap sen duit yang perlu dibank-in ke dalam akaun pekerja yang dia sendiri tidak begitu kenal hati budinya.

Adakah betul apa yang dikatakan oleh bosnya, yang syarikat akan lumpuh apabila ketiadaan dia?

Hari ini sudah masuk hari ke tujuh – tidak termasuk hari minggu - dia tekad tidak bekerja. Dia memerhatikan telefon bimbit di atas meja tulis di sebelah katilnya buat kesekian kali.

Kalau benar apa yang dikatakan oleh bosnya. Tentu mereka akan menelefonnya tanpa henti merayunya supaya datang bekerja hari ini. Paling tidak, Nizam akan datang mencarinya.

Tetapi hatinya sudah tekad, dia tidak akan bekerja lagi. Dia tiada masa untuk memikirkan tentang kesibukan orang lain. Dia tiada masa untuk menyelesaikan masalah orang lain.

Dia juga tiada masa untuk mengira-ngira keuntungan orang lain, yang satu senpun dia tidak dapat sentuh. Sekarang hanya ada dia dan kanvas kosong miliknya yang akan dia tukarkan menjadi sebuah mahakarya.

Hari sudah mulai tinggi. Taman Mawar yang tadinya begitu indah dengan limpahan matahari pagi dan kicauan burung sudah mulai membahang.

Gelak ketawa kanak-kanak berlari tanpa menghiraukan panas matahari dan suara ibu mereka yang memarahi sayup-sayup kedengaran. Nordin masih lagi merenung kanvas kosongnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience