BAB 4

Other Completed 2916

Berus ada di tangan, cat yang dibancuh pada palette kayu mulai keras mengering. Bahang panas matahari tengahari membuntukan lagi fikirannya.

Tujuh hari! Tujuh hari tanpa kerja dan masih tiada hasil apa-apa! Dengusnya dalam hati.

Dia mengambil telefon bimbit di sebelahnya, menekan-nekan kekunci telefon itu tetapi kemudian meletakkannya kembali ke tempat asalnya.

Dia bercadang untuk menelefon Nizam, bertanyakan tentang tempat kerja setelah ketiadaannya selama tujuh hari, tetapi dia mematikan niatnya. Semua itu tidak penting lagi.

Yang penting sekarang ialah untuk menyiapkan sebuah mahakarya. Ulangnya dalam hati.

Tetapi pada masa yang sama, hatinya tetap tidak tenang. Bermacam-macam perkara yang menerjah ke dalam kepalanya apabila dia cuba menumpukan perhatiannya kepada kanvas kosong itu.

Marahnya kepada kawan-kawan yang tidak mempercayai kebolehannya. Marah kepada bosnya yang hanya tahu mengarah. Marah kepada rakan sekerjanya yang tidak pernah cuba berbaik dengannya.

Marah dengan sistem pendidikan yang memaksanya mengambil jurusan pengurusan walaupun dia percaya dia berbakat dalam seni. Marah kepada dirinya sendiri kerana walaupun sudah tujuh hari dia mengasingkan diri, masih belum ada apa-apa yang keluar dari kepalanya.

Bukan setakat idea agung, idea picisan martabat rendah – seperti selalu dikatakan olehnya apabila mengkritik karya orang lain – juga tidak keluar. Kepalanya mulai berat, bukan dengan idea, tetapi dengan kemarahan.

Tetapi buat masa ini, dia berasa paling marah kepada Nizam kerana selaku rakan baiknya, dalam tempoh tujuh hari dia tidak bekerja, batang hidungnya langsung tidak nampak. Bukan setakat datang menjenguk, telefon pun tidak.

Mungkin Nizam dengki padanya. Memang dari dahulu lagi dia nampak yang Nizam tidak pernah menyokong tindakannya. Nizam hanya pandai menasihatinya supaya bekerja bersungguh-sungguh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience