‘’Aduh!’’ Ezra menggosok-gosok punggungnya yang terasa sakit.
Ezry tidak sempat menahan Ezra agar berjalan berhati-hati. Dia hanya ketawa di dalam hati. Kasihan dia melihat Ezra yang terkial-kial hendak bangun. Dia menghulurkan tangan. Mahu membantu.
Ezra menepis tangan Ezry dan cuba mahu bangun sendiri tanpa bantuan Ezry. Dia pengang pada sinki dan bangun perlahan-lahan. Habis basah belakang bajunya. Dengan perasaan marah, dia melangkah keluar dari tandas.
Ezry hanya melihat kelibat Ezra hilang dari pandangan.Selesai mencuci, dia berehat seketika di pantry. Dia membancuh air milo. Dia terkenang kembali kenangan ketika dia remaja.
Dia tidak seperti remaja lain yang boleh bersuka ria. Dia dikurung di dalam rumah. Tiada kawan. Hanya Acha sahaja yang masih berhubung dengannya walaupun dia sudah berhenti sekolah. Hubungan mereka bagaikan isi dan kuku. Dia disuruh membuat semua kerja rumah sejak berhenti sekolah. Semua kerja rumah dia yang lakukan. Sedikt sebanyak dia dapat belajar.
Dia bekerja sebagai tukang cuci di syarikat ayahnya sejak berumur 18 tahun. Mungkin ada sebilangan orang jijik dengan pekerjaan ini tapi tidak dia. Sekurang-kurangnya dia melakukan pekerjaan halal.
Ezra dapat melanjutkan pelajaran dan terus mendapat jawatan tinggi di syarikat ayahnya. Walaupun sudah meningkat umurnya, tetapi dia tidak berhenti menyusahkan hidup Ezry.
Pulang sahaja dari kerja, Ezry terus naik ke bilik dan menyucikan diri. Dia turun ke bawah dan kelihatan Datin Mala dan Ezra sedang menonton televisyen. Dia melangkah ke ruang tamu dan duduk bersama mereka.
‘’Kenapa kamu basahkan baju Ezra, Ezry ?’’ soal Datin Mala. Matanya masih di kaca televisyen.
Ezry terpinga-pinga. Bila masa pula aku basahkan baju dia. Dia yang jatuh dalam tandas tadi. Desis Ezry.
Share this novel