Ezry dan Ezra adaah anak kembar Dato’ Daud dan Datin Mala. Wajah mereka langsung tiada perbezaan tetapi sikap mereka bagaikan langit dan bumi. Ezry seorang anak yang mendengar kata dan Ezra sebaliknya. Ezra akan memberontak jika kemahuannya ditolak dan Ezry seorang anak yang taat pada ibu bapanya.
‘’Ezry, macam mana kau boleh bertahan dengan sikap kakak kau tu?’’ soal kawan Ezry, Acha. Ketika itu mereka sedang berehat di kantin sekolah. Keadaan yang riuh rendah dengan suara pelajar yang lain tidak membantutkan selera mereka untuk menjamu selera.
‘’Nak buat macam mana, kalau dah itu sikap dia. Lagipun setakat ni, dia tak pernah lagi sakitkan aku,’’ ujar Ezry tenang. Bagi dia, asalkan Ezra tidak melukakannya dia akan bertahan selama yang mungkin.
‘’Aku cuma buat apa yang patut je. Aku kesian dengan Ezra sebab di rumah, dia sibuk kena buat kerja rumah sampai tiada masa untuk kerja sekolah,’’ujar Ezry. Dia melihat pada jam tangan. Jarum sudah hampir pada angka 10.
Biarlah dia berbohong pada Acha kali ini. Yang sebenar, dia dipaksa oleh Ezra untuk membuat kerja sekolah Ezra. Walhal, Ezra langsung tidak membuat kerja rumah tetapi dia yang melakukannya kerana didenda oleh ibunya atas kesalahan Ezra. Dia sudah biasa dengan sikap Ezra yang membulinya.
Kring! Kring!
Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah tamat. Mereka bangun dan melangkah ke kelas tingkatan 2 Arif. Sedang mereka berjalan, Ezra menahan mereka.
‘’Aku nak jumpa kau kejap, Ezry,’’ ujar Ezra. Sempat lagi dia menjeling kepada Acha bermaksud agar jangan menyibuk. Acha melangkah berseorangan ke kelas sementara Ezra dan Ezry pergi ke tandas.
‘’Aku nak kau menyamar jadi aku balik sekolah nanti. Kalau aku dapat tahu yang kau tak menyamar, siap kau!’’ tegas Ezra berkata.
Share this novel