BAB 11

Drama Completed 1439

Ezry melangkah lemah masuk ke dalam biliknya. Dia betul-betul tidak sangka perkara begini berlaku. Sepanjang malam, Ezry langsung tidak dapat tidur memikirkan keadaan Ezra.

Seminggu berlalu...

Dia berteleku di pusara itu. Manik-manik jernih luruh bagai tiada penghujung dari kola air matanya. Dia berteleku lagi, sesekali tangannya menguis daun-daun yang berselerak di sekitar pusara yang masih merah itu.

‘’Ezry.’’ Gemersik suaranya kedengaran. Dia mengusap batu nisan putih di atas pusara itu.

‘’Ezra, sudahlah tu. Biarkan dia pergi dengan tenang.’’ Pujuk Dato’ Daud.

‘’Jom balik.’’ Ezra akur dengan ajakan ayahnya. Dia bangun dari silanya dan menggulung tikar. Maafkan aku,Ezry.

Sampai sahaja di rumah, Ezra terus melangkah ke biliknya. Dia membuka tudung dan mengambil sepucuk surat yang terletak di meja soleknya. Dia melabuhkan punggungnya di katil dan mula membaca.

Assalamualaikum Ezra. Ketika kau baca surat ini, mungkin aku sudah tiada di atas muka bumi ini. Aku harap kau tidak bersedih di atas kematian aku. Aku bersyukur kau dalam keadaan baik sekarang ini. Mungkin kau jijik dengan apa yang berada dalam badan kau tapi aku harap kau jagalah hati itu dengan baik. Walaupun kau selalu cari pasal dengan aku tapi aku langsung tak kisah. Aku sayangkan kau. Aku nak minta maaf kalau aku ada sakitkan hati kau tanpa aku sedari dan aku maafkan segala apa yang kau lakukan.

Betapa mulianya hati Ezry. Ezra betul-betul menyesal dengan apa yang dia lakukan pada Ezry. Dia hanya sakit hati dengan kesempurnaan Ezry. Ezry pandai. Ezry cantik. Semuanya Ezry sampai dia terpinggir. Itulah sebabnya dia berkelakuan teruk terhadap Ezry. Walaupun sudah acap kali dia menyusahkan Ezry, Ezry tetap sayangkan dia tetapi dia sebaliknya. Ezra berjanji pada dirinya dia tidak akan mengulangi perbuatan teruk itu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience