BAB 10

Drama Completed 1439

‘’Ezry kamu panggil Ezra. Lambat pula Ezra turun.’’ Arah Dato’ Daud.

Lemah sahaja Ezry mendengarnya. Dia barusahaja turun, sudah kena naik semula. Mahu tidak mahu, digagahkan juga kakinya memanjat anak tangga.

Tok! Tok! Tok!

‘’Ezra, jom makan.’’

‘’Ezra !’’ Apabila tiada sahutan dari Ezra, Ezry memulas tombol pintu dan menolak pintu bilik Ezra. Dia melangkah masuk dan mencari Ezra. Di atas katil tiada. Dia berjalan ke birai katil dan mendapati Ezra terbaring di atas lantai sambil memengang dadanya. Ezry terus mengoncang bahu Ezra ingin mengejutan Ezra tetapi Ezra kaku. Ezry keluar dari bilik dan terus memanggil ibu dan ayahnya.

‘’Macam mana keadaan anak saya doktor?’’ soal Datin Mala cemas. Dia terkejut apabila Ezry memberitahu Ezra pengsan.

‘’Saya rasa lebih baik kita berbincang di bilik saya. Mari.’’ Ajak doctor.

Ezry hanya duduk termenung. Dia merasakan kesakitan di dadanya petang tadi ada kena mengena dengan keadaan Ezra. Semoga keadaan Ezra baik-baik sahaja. Doa Ezry di dalam hati.

Ezry bangun dan melangkah keluar dari hospital dan menuju ke tempat letak kereta. Dia hanya duduk di dalam kereta menunggu ibu dan ayahnya.

Ezry pelik apabila Datin Mala menangis apabila sampai di kereta. Hatinya berdegup kencang. Dia hanya berdiam diri ketika perjalanan pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah, Ezra terus menanyakan keadaan Ezra pada ayahnya.

‘’Macam mana keadaan Ezra, ayah?’’ soal Ezry berdebar-debar.

‘’Hati Ezra rosak dan memerlukan penderma dalam kadar segera kalau tidak Ezra tidak dapat meneruskan lagi kehidupannya.’’ Ezry terkejut mendengar kata-kata Dato’ Daud. Hampir sahaja dia pengsan mujur Dato’ Daud sempat menahan dia daripada jatuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience