BAB 2

Drama Completed 1439

Ezry hanya mengangguk perlahan kerana jika dia menolak, pasti pelbagai fitnah yang Ezra katakan pada ibu mereka. Ezra tersenyum puas dan terus keluar dari tandas dan masuk ke kelas. Ezry berjalan lemah masuk ke kelas. Dia takut memikirkan apa yang bakal terjadi selepas ini. Sepanjang waktu pembelajaran, Ezry langsung tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya.

Setibanya sahaja di depan rumah banglo, Ezry keluar dari kereta. Dia melangkah perlahan masuk ke dalam rumah. Kelihatan Datin Mala sedang menyapu di ruang tamu. Ezry terus melangkah dan naik anak tangga bagaikan lipas kudung. Dia masuk ke dalam bilik Ezra dan mengunci tombol pintu. Dia meletakkan beg galas di atas meja belajar dan menuju ke bilik air. Selesai mengambil wudhuk, dia keluar membentangkan sejadah kemudian memakai telekung yang tersidai di ampai. Dia mengangkat takbir dan memulakan bacaan dalam solat.

Ezry memakai pakaian Ezra dan juga harus perwatakan kasar. Aku boleh. Getus hati Ezry. Memberi semangat kepada dirinya sendiri Dia melangkah keluar dari bilik dan turun ke ruang tamu.

‘’Ezra mana adik kamu? Tak balik-balik lagi?’’ soal Datin Mala dari dapur. Dia sedang menyediakan minuman petang.

‘’Entah ibu. Dia tak cakap apa-apa pun kat Ezra,’’ ujar Ezry. Siaran Running Man di televisyen langsung tidak dapat menarik perhatiannya. Sekarang yang berada di fikirannya adalah kepulangan Ezra.

‘’Hisy. Nak kena budak ni. Minggu lepas buat hal. Hari ni pun nak buat juga. Dah pukul 4 lebih tak balik lagi ni.’’ Datin Mala membebel tentang sikap anaknya Ezry yang semakin menjadi-jadi. Dia pelik dengan sikap Ezry yang langsung tidak membantah setiap denda yang diberikan.

‘’Ala.. ibu macam tak tahu yang dia ni pantang ditegur lagi dibuat adalah,’’ ujar Ezry dengan terpaksa. Dia harus berkata begitu kerana Ezra bagaikan batu api yang memburukkan sikapnya didepan ibu mereka dan dia harus lakukan seperti itu juga.

‘’Assalamualaikum!’’ laung seseorang dari luar rumah. Kelihatan Dato’ Daud melangkah masuk ke dalam rumah. Ezry menjawab salam di dalam hati. Datin Mala melangkah ke arah Dato Daud dan mengambil beg kerja kemudian menyalam tangan Dato’ Daud. Datin Mala membawa beg itu ke bilik kerja Dato’ Daud.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience