‘’Aku nak kau keluar dari bilik aku tapi bukan sekarang. Tunggu aku ketuk pintu bilik baru kau keluar. Sekarang ayah ada dekat ruang tamu. Faham?’’
‘’Ya.’’ Pendek sahaja balasan Ezry. Dia baru sahaja bangun dari tidur. Penat menunggu kepulangan Ezra sehingga dia terlelap. Melihat jarum jam pada angka 11 dia terkejut. Kali ini dia amat takut apa yang bakal berlaku pada esok hari.
Kemana Ezra pergi hingga lewat malam begini? Apa yang alasan yang dia berikan kepada ibu dan ayahnya? Fikir Ezry.
Selama setengah jam menunggu akhirnya kedengaran ketukan di pintu. Ezry bangun dan membuka pintu bilik. Ezra terus menarik Ezry keluar dan menutup pintu meninggalkan Ezry terkebil-kebil. Tanpa membuang masa Ezry terus masuk ke bilik tidurnya dan merebahkan badannya di katil. Tidak sampai beberapa saat perlahan-lahan matanya terpejam.
Kedengaran riuh-rendah di dapur. Datin Mala dan pembantu rumah, Mak Cik Maimun sedang menyediakan sarapan pagi untuk keluarga. Mak Cik Maimun hanya akan berada di rumah mengikut arahan Datin Mala. Kadang-kadang hingga malam dia harus berkerja. Mulanya Datin Mala mengajak Mak Cik Maimun agar terus tinggal bersama tetapi ditolak kerana Mak Cik Maimun sayang mahu meninggalkan rumah arwah suaminya. Terdapat banyak kenangan pahit dan manis yang berlaku.
Semua hidangan sudah siap dihidang di meja makan. Sekarang hanya tunggu Dato’ Daud dan anak kembarnya turun makan. Seperti biasa, Mak Cik Maimun akan pergi ke bilik Ezra dan Ezry untuk mengejut mereka.
Tok! Tok! Tok!
‘’Ezra bangun sarapan,’’ Ajak Mak Cik Maimun.
‘’Iya Ezra bangun! Kacaulah!’’ laung Ezra dari dalam bilik.
Mak Cik Maimun melangkah ke sebelah bilik. Baru sahaja dia ingin mengetuk pintu bilik, sudah tersembul wajak Ezry tersengih.
Share this novel