Mak Cik Maimun hanya melihat dari dapur. Kasihan dia melihat Ezry yang menjadi mangsa keadaan. Dia tahu kebenarannya kerana sejak kecil lagi dia menjaga kembar itu. Perilaku Ezry sudah dia dapat menangkap apa yang sedang berlaku semalam.
‘’Ayah tak kira. Ezry tetap akan berhenti sekolah. Dengan sikap Ezry yang macam ni, ayah takkan benarkan Ezry keluar dari rumah kecuali ditemani oleh ibu, ayah, Ezra, Mak Cik Maimun atau Pak Mad. Faham?’’
Ezry hanya menganggukkan kepalanya. Dia melangkah lemah menaiki tangga dan masuk ke dalam bilik. Dia merebahkan badannya di katil dan membenamkan mukanya di bantal. Dia menangis sepuas hati.
Tok! Tok! Tok!
Mak Cik Maimun perlahan-lahan membuka pintu bilik. Dapat dia lihat Ezry menangis teresak-esak. Dia melabuhkan punggungnya di birai katil. Dia mengusap belakang badan Ezry.
Ezry bangun dan peluk erat tubuh badan Mak Cik Maimun. Dia begitu kecewa dengan sikap ahli keluarganya. Dia ingatkan ibunya datang memujuk tetapi Mak Cik Maimun yang datang.
‘’Sudahlah Ezry. Tabah ya nak. Ini semua dugaan yang Allah turunkan untuk kamu. Kamu kena sabar menempuhi dugaan ini.’’ Pujuk Mak Cik Maimun. Dia menolak bahu Ezry untuk melihat luka di bibir Ezry.
Ezry hanya membirakan sahaja Mak Cik Maimun merawat lukanya. Sakit di bibirnya tidak sama dengan sakit di hatinya yang tidak boleh dipulihkan.
11 tahun selepas itu...
Ezry sedang mengemop lantai tandas sambil mendengar muzik menggunakan handsfree. Dia menyanyi perlahan.
Sebelum memulakan tugas, Ezry sudah meletakkan tanda orang sedang mencuci. Dia meletakkan sabun pencuci di seluruh lantai tandas itu.
Tiba-tiba, Ezra masuk ke dalam tandas. Tergesa-gesa dia mahu masuk ke tandas. Ezra tergelincir lalu jatuh.
Share this novel