‘’Emak tak payah nak ketuk pintu bilik Ezry.’’ ujar Ezry.
GelaranEmak sudah sebati dengan Ezry kerana dia menganggap Mak Cik Maimun sebagai ibunya yang kedua. Sejak kecil lagi dia rapat dengan Mak Cik Maimun berbanding dengan Datin Mala kerana ibunya lebih member perhatian kepada Ezra.
Mak Cik Maimun berkerut kening bermaksud dia tidak mengerti apa yan dikatakan oleh Ezry.
‘’Tadikan emak dah kejutkan kakak lepastu kakak menjerit sampai terkejut Ezra dibuatnya. Kakak macam loceng kejutkan Ezra tapi tak guna bateri.’’ Terkekeh-kekeh dua orang itu ketawa tanpa disedari kehadiran Ezra. Mati terus ketawa mereka. Ezra terus melangkah tanpa mempedulikan mereka.
‘’Ezry pergi mana semalam sampai balik lewat?’’ soal Dato Daud.Ketika itu semua orang sedang bersarapan pagi. Ezry terkesima. Apa jawapan yang harus aku berikan. Getus Ezry. Dia pening apa yang harus dia lakukan sekarang ini. Mahu berdiam diri atau beri jawapan yang tak masuk akal.
‘’Ezry pergi kelab malam, ayah,’’ ujar Ezra selamba. Semua mata memandang Ezry tapi Ezry memandang Ezra.
Semua orang terkejut mendengar butir bicara yang baru keluar dari mulut Ezra. Ezry apatah lagi. Dia betul-betul tidak sangka kenyataan itu keluar dari mulut kakaknya. Apa yang dirancang oleh Ezra.
‘’Apa?! Betul ke apa yang Ezra cakap, Ezry ?!’’ soal Dato’ Daud garang. Datin Mala hanya mengalirkan air matanya selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Ezra. Walaupun pada mulanya dia tidak mempercayai tetapi disebabkan sikap Ezra yang tidak pernah membohonginya lantas dia mempercayai kata-kata Ezra.
‘’Tak, ayah. Ezra bohong, Jangan percaya cakap dia, ibu dan ayah.’’ jelas Ezry. Dia cuba meraih kepercayaan dari kedua orang tuanya.
‘’Apa yang kau cakapkan ni Ezra ?’’ ujar Ezry. Kali ini dia tidak boleh bersabar lagi. Fitnah yang dilontarkan oleh Ezra begitu melampaui batas kesabaran yang telah lama ditanam. Tidakkah Ezra tahu apa hukumnya menebar fitnah. Ezry teringat ustazahnya mengajar tentang fitnah.
Share this novel