‘’Bang jemput minum,’’ jemput Datin Mala.
‘’Mana Ezry ? Tak balik lagi ke?’’ soal Dato Daud kehairanan.
‘’Entah. Ezra pun tak tahu mana Ezry pergi lepas balik sekolah tadi,’’ jelas Datin Mala. Ezry resah apabila ayahnya mula mempersoalkan ketiadaan kembarnya Ezra.
Ezry terus menonong menaiki anak tangga tanpa menghiraukan ibu dan ayahnya. Masuk sahaja bilik, dia terus mengunci tombol pintu dan mengambil telefon bimbit. Dia mendail nombor Ezra dan lekapkan telefon di telinga. Hanya suara operator yang kedengaran memberitahu nombor Ezra tidak diaktifkan. Ezry mundar mandir di dalam bilik. Sebolehnya dia tidak mahu disoal oleh ibu dan ayahnya. Apa yang boleh dia lakukan sekarang ini hanya terperap di dalam bilik sehingga Ezra pulang.
Ezra perlahan-lahan menapak masuk ke dalam rumah. Nasib baiklah dia mempunyai spare kunci rumah. Bagaikan pencuri dia berhati-hati menaiki anak tangga.
‘’Ehem!’’
Deheman itu membuatkan kaki Ezra kaku. Dia menelan air liur berkali-kali. Tidak sangka kepulangannya ditunggu oleh ayahnya. Dia berpaling. Ayahnya memandang tajam ke arahnya. Ezra hanya berdiri dan tidak melangkah ke ayahnya.
‘’Ezry pergi mana sampai malam baru nak balik?’’ soal Dato’ Daud garang. Ezra hanya diam tak berkutik. Dia mahu ayahnya marah terhadap dirinya agar esok hari Ezry yang kena denda.
‘’Ayah tanya jawab!’’ tengking Dato’ Daud. Dia menahan amarah yang terbuku selama ini. Kebisuan Ezry bagaikan mencabar kesabarannya. Dia menapak ke arah Ezry. Dapat dia lihat muka Ezry yang tidak berperasaan.
‘’Ezry naik atas sekarang,’’ arah Dato’ Daud. Dia takut sesuatu buruk akan terjadi jika makin lama dia menghadap wajah Ezry.Terus sahaja Ezra naik tanpa menghiraukan kemarahan ayahnya. Dia melangkah masuk ke dalam bilik tidur Ezry. Telefon bimbit dia keluarkan dari poket seluar dan mendail nombor Ezry.
Share this novel