Fitnah itu lebih besar dosanya daripada dosa membunuh(manusia yang tak bersalah), Alla S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Berbuat fitnah lebih besar daripada membunuh. ( Q.S. al-Baqarah: 217)
Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahanam dan bagi mereka azab(neraka) yang sangat pedih”. (Q.S. al-Buruj: 10)
‘’Betullah yang kau pergi kelab malam semalam. Kau yang beritahu aku.’’ Ujar Ezra tidak bersalah. Dalam hati dia melonjak gembira apabila ibu dan ayah hampir percaya akan kata-katanya.
Pang!
Ezra terasa pipinya pedih akibat tamparan Ezry. Dia menoleh dan melihat mata Ezry merah menandakan kemarahannya sampai tahap maksima.
Pang!
‘’Berani kau tampar anak aku!’’ Tempik Datin Mala. Dia menampar Ezry sehingga hujung bibir Ezry sedikit luka. Ezry hanya berdiri tanpa melakukan apa-apa. Hati Ezry bagai dihiris dengan sembilu kerana ibunya bagaikan tidak menganggap dia sebagai anak. Bagaikan orang luar berada di dalam rumah ini.
‘’Puaslah kau tengok aku macam ini! Daripada dulu lagi kau selalu burukkan aku.’’ Jerit Ezry. Dia menolak bahu Ezra. Nasib baik Ezra sempat berpaut pada kerusi kalau tidak pasti jatuh. Ezry bagaikan dirasuk nafsu amarah. Tidak pernah dia mengamuk begini
‘’Ayah nak kamu berhenti sekolah.’’ Putus Dato’ Daud. Dia tidak tahan dengan perangai Ezry yang makin melampau.
‘’Kenapa? Ezry nak belajar ayah. Tolong jangan buat Ezry macam ni. Ini semua bohong. Ezra fitnah ayah. Percayakan Ezry.’’ Rayu Ezry. Dia menangis memikirkan nasib hidupnya kelak.
Share this novel