BAB 16

Romance Completed 12196

"Abang ambik ni. Thanks" aku cium dahinya dan berlari keluar dengan dress ni.

"Abang!!!"
****

Tu la kisahnya baju ni. Lesap jugak 1000 aku tu tapi aku tak kisah kalau baju ni padan dengan dia.

"Pakai ni dengan selendang ni" aku hulurkan satu beg kertas dan dia hanya kelu tak tahu nak cakap apa.

"Mana kau curi baju ni Am?"

"Adalah! Robin hood!" Aku buat gaya ultraman dan Kak Mira baling aku dengan bntal. Hahaha.

"Lawa sngt. Terima kasih" pintanya dan aku senyum bahagia.

"Saya terima kasih tu kalau cik pakai baju ni"

"Saya akn terima baju ni kalau awak teman saya ke show tu dan pakai tuxedo" erk! Ada pulak give and take ya?

"Anggap ya je Risa!" Ujar Kak Mas sokong Cik Risa. Aku dengan tuxedo? Mahu kena gelak dengan Wan dan Shah.

"Kenapa pakai baju ni?" Soal Cik Risa bila aku tak pakai baju yang dia suruh. Mahu nak pakai? Semalaman Shah dengan Wan duk gelakkan aku. Kurang ajar!

"Ok la ni" aku buat muka berkerut dan dia senyum sikit.

"Saya dah agak dah, saya dah ready dengan jaket"

"Jaket keselamatan?"

"Bukanlah, like kot la. Jom" ajaknya ceria dan aku ikut dari belakang, kira ok la ni aku pakai kemeja bukan t shirt macam biasa. Ni pun dah kena gelak dengan mangkuk dua orang tu.

Aku beli baju baru ok sebab nak matching dengan baju Cik Risa. Hahaha. Aku pun tak tahu kenapa aku sanggup pay effort banyak sangat pada dia padahal aku ni driver dia je. Aku selesa dengan dia, mungkin sebab dia jenis pendengar yang baik kot. Aku pulak suka bercakap macam bertih jagung. Hahaha. Kaki kepochi la ni kiranya aku ni. Hehehe.

"Cik Risa cantik sangat" puji aku sebaik kami berdua dah sampai di dewan. Dia tersenyum dan gelengkan kepala sebelum melangkah masuk.

"Betul la! Trust me"

"Saya percaya. Dari tadi lagi awak asyik cakap benda sama je" ops! Hahaha. Dah terlajak puji dia ke apa.
"Sorry"

"Ok" jawabnya ringkas dan duduk di satu meja kosong. Aku senyum jugak dan duduk di depan dia. Aku pandangnya yang nampak sangat ringkas tapi cantik dan sedap mata memandang.

"Cik, selfie nak?" Soal aku dan dia berkerut. Erk! Tak nak ke? Aku buat muka sedih dan kemudian dia mengeluh. Macam jenis tak suka bergambar je ni.

"Perlu ke?"

"Tak perlu pun. Memori setiap saat bersama Cik Risa terpahat di hati. Di mana capacity dia tak kan habis!" Aku berkata bangga kemudian dengar suara kecil yang terbit dari bibirnya. Gelak, kan? Comelnya...

"Apa tu?" Soalnya lalu senyum melebar.

"Saya bahagia sgt dapat buat Cik Risa senyum" sebaik sebaris ayat tu keluar dari mulut aku terus dia senyap dan tunduk pandang bawah. Adoi! Mulut kau ni memang la tak pandai nak cover.

"Terima kasih"

"Eh?"

"Dah lama saya tak senyum. Dah lupa pun caranya macam mana. Saya nampak ikhlas ke?" Aku senyum dan angguk laju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience