BAB 1

Romance Completed 12196

Fuhhhh!

Dia menghembuskan keluhan mungkin tanda lega mungkin juga separuh keletihan. Apapun itu adalah sebahagian dari rezekinya.

Asal hujan je mesti ada orang call nak repair kereta, bukanlah aku nak merungut tapi sebab aku yang kena pergi repair sebab tu merungut sakan ni. Kikiki.

Aku pandu kereta laju2 bila jalan ni kosong je dan tak ramai orang guna jalan ni. Aku terus pecut pergi dan bila aku sampai aku parking di sebelah jalan dan keluarkan barang untuk membaiki kereta yang tersadai di sebelah jalan lagi satu.

Terkejut aku bila ada dua orang lelaki yang sedang mengugut pemandu perempuan itu dan aku terus berlari ke sana dengan segera. Haish! Budak2 lelaki sekarang ni memang suka menyusahkan orang betul la.

"Woi! Baik korang blah! Aku dah call polis" jerit aku agak kuat dan terus dua budak lelaki tu tunggang motor dan berlalu pergi dengan segera. Nak tunjuk gangster sangat tapi penakut tahap dewa. Heh.

"Cik ok?" Soal aku pada pemandu perempuan yang kelihatan tenang je. Tak takut ke dia dengan kejadian tadi atau dia dalam mode terkejut lagi ni?

"Along Repair?" Soalnya tanpa menjawab soalan aku terlebih dahulu. Ok. Jenis tak nak bercakap ataupun berterima kasih nampaknya.
"Ya saya, cik ok ke?" Soal aku lagi lalu mendekati kereta dia dan dia dah siap buka bonet kereta lagi. Aku tersenyum padanya tapi dia hanya berdiri tanpa riak tanpa payung atau apa2 untuk menutup kepalanya dari hujan. Mungkin sebab hujan tak lebat lagi kut.

"Ok, terima kasih" akhirnya! Hehehe. Dia berterima kasih jugak dengan aku tapi masih lagi tak senyum atau buat apa2 ekspresi muka.

"Kereta saya kenapa?" Soalnya sambil turut terbongkok macam aku. Aku dah check tak ada rosak apa2 pun jadi aku suruh dia cuba start.

"Cuba start" dia berlari anak ke keretanya dan cuba hidupkan engine tapi tak berjaya. Ok. Rosak apa ni? Aku buat double check dan hujan mulai lebat sedikit.

"Apa kata cik tunggu dalam kereta je, hujan ni" aku maklumkan padanya dan tanpa suara dia buka pintu kereta dan keluarkan payung. Dia berdiri di sebelah aku dan payungkan aku sekali. Aku tersengih sedikit dengan lagaknya yang bersahaja dan tanpa nada. Tanpa riak memang segala jenis tanpa la. Bukan lagu tanpa nyanyian sixth sense yang penting.

"Tak perlu payungkan saya, nanti cik basah sama" aku maklumkan padanya tapi dia tetap dengan lagak tak dengar terus payungkan aku.

"Cuba start" ujar aku lagi dan dia buat je arahan aku. Kalau aku suruh menari gamaknya dia menari jugak kot. Hahaha. Mesti anak orang kaya ni kan? Tapi kalau nak label sombong tak, bongkak pun tak, berlagak pun tak, cuma jenis tak senyum dan tak banyak cakap kot. Agaknyalah.

"Alhamdulillah, hidup pun" ujar aku lega dan dia kembali ke sisi aku.

"Berapa?" Soalnya kepada aku. Macam mana nak charge ni aku tak repair apa pun just sentuh2 je. Maklumlah sentuhan magik la aku ni. Hahaha. Perasan tak ingat.

"Selalu ke kereta ni rosak?"

"Sejak akhir2 ni kerap jugak"

"Kalau macam tu, esok cik datang bengkel. Biar saya cek overall dulu. Payment kita submit kat sana"

"Tapi awak dah datang susah2, ambillah" suanya lagi dan aku rasa serba salah pulak sekarang ni. Haish!

"Tapi saya tak boleh ambik"

"Kenapa?"

"Sebab tak ada apa yang rosak pun"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience