BAB 11

Romance Completed 12196

"Saya tak nak cakap dengan cik nanti" aku buat suara mengugut macam anak buah aku selalu buat tu dan bibirnya bergerak sedikit. What? Senyum ke tu???? Miracle!!! Ok! Jangan tegur, biar je dia macam tu.

"Boleh ke orang banyak cakap macam awak diam?" Hahaha. Kena perli la pulak. Boleh ke Am? Macam tak boleh je kan?

"Dah!" Ujarnya dan memang separuh betul2 dia makan. Hadoi!

"Nah ubat" dia berkerut dan aku buat muka garang, dia ambilnya dengan muka terpaksa habis. Pahit aku nampak ubat yang dia telan tu dah la lima biji. Kalau aku? Memang tak la namanya. Dia urut batang lehernya sebab terlalu pedih dan aku rasa aku yang makan ubat tu sama.

"Boleh saya sambung buat kerja?" Soalnya macam saja nak perli aku je. Aku angguk dan senyum manis padanya. Ya Allah, mesti dia cantik kalau sihat dan senyum kan? Aku perhatikan dia yang khusyuk dengan kerjanya lalu aku ke mejanya dan dia buat bodoh je dengan kewujudan aku kat situ. Aku keluar dan bercakap dengan SU dia yang suka gossip. Hahaha. Aku pun suka jugak.

"Berani kau buat En. Imran macam tu" ujar Maya dengan muka tersengih. Suka la tu! Aku rasa dalam syarikat besar ni dua orang je yang baik dan tak suka kat CEO perasan bagus tu. Tu pun Cik Risa dengan Maya la. Hahaha.

"Mestilah berani! Kalau ikut hati aku campak dia dari tingkat 23 ni"

"Tingkat 60 terus" sakan pulak si Maya ni . Hahaha.

"Aku rasa Cik Risa tu baik gila kot. Kenapa ramai tak suka dia?"

"Sebab mulut jahat Cik Maira la. Padahal Cik Maira dan En. Imran tu adik beradik tiri Cik Risa tau! Ni ofis bapak Cik Risa, sepatutnya Cik Risa yang jadi CEO tapi papa dia paksa dia kahwin dengan En. Imran untuk berikan jawtan CEO ni. Lembaga pengarah pun beri la sebab dah nama pun anak menantu kan." Ha?

"Arwah papa dia yang paksa?"

"Haah! Cik Risa tu sebatang kara je kat sini"

"Suami dia?" Ok! Sakit hati aku dengar!

"Bekas! Tak sampai sebulan kahwin, dapat jawatn CEO terus dia ceraikan Cik Risa lepas tu cakap yang Cik Risa curang la, perempuan sundal la. Sebab tu la ramai yang tak suka Cik Risa" ya Allah! Beratnya dugaan Cik Risa tanggung. Patutlah dirinya tak kenal lagi erti senyum. Sampai hati betul mereka buat macam tu.

"Sedih kisah hidup Cik Risa ni. Lepas je sehari papa dia meninggal,terus talak jatuh. Kejam mak tiri dengan adik beradik tiri dia" aku hanya mampu diam dan tak tahu nak cakap apa lagi dah. Ada orang sekejam tu dalam dunia ni rupanya. Aku dah tekad! Aku akan protect dia! Tak ada siapa lagi yang akan sakitkan dia. In sha Allah.

"Aku tak akan biarkan sesiapa lagi sakitkan dia. Aku lawannya!" Aku berkata tegas dan Maya tersenyum.

"Kau suka Cik Risa kan?"

"Kau pun suka dia kan?" Aku soal dia balik.

"Mestilah! Dia boss aku kot" jawab Maya laju.

"Samalah! Dia pun boss aku jugak!"

"Eleh,kau feeling2 dengan dia kan?"

"Sibuklah!" Malas aku nak melayan Maya ni! Tapi memang aku dah tekad yang aku akan cuba sebaik mungkin untuk protect dia.

Dah bulan ketiga aku kerja dengan dia dan dia pun dah agak boleh senyum sekarang. Sumpah! Lawa gila kalau dia senyum kau. Dia pun dah agak sihat sekarang ni dan aku bahagia tengok dia bahagia macam tu sekali.

"Pengawal istana! Puteri kau apa khabar?" Soal Wan sambil sengih dan sengih aku lagi lebar dari dia.

"Sihat alhamdulillah"

"Berseri kau kan! Macam pengantin baru"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience