BAB 27

Romance Completed 12196

'Sayang,
Papa tahu, terlalu lambat untuk papa panggil seindah itu pada puteri papa ini. Papa sayangkan mama dan papa sayangkan Arisa. Kenapa papa tak pernah tunjukkan sayang papa? Sebab papa terlalu ego sebagai seorang lelaki dan akhirnya papa terlambat untuk selamanya. Semua harta yang papa serahkan bukan untuk bayar kasih sayang yang papa hutang selama ini. Papa cuma tak tahu macam mana harus papa beri lagi. Arisa dan mama harta yang paling bernilai yang pernah papa ada. Papa minta maaf dan papa tahu papa pengecut. Maafkanlah papa. Papa sayang Arisa.'

Aku tengok dia lipat semula surat tu dan dia pandang tempat lain. Aku ambil surat itu dan letakkan semula di dalam sampul lalu genggam tangannya. Aku palingkan wajahnya pada aku dan aku cium keningnya lama.

"Tak salah kalau kita menangis" aku senyum dan dia terus peluk aku erat dan menangis semahunya. Aku usap belakang badannya dan dia nampak lebih senang macam tu.

"Risa sayang papa" lirih suaranya dan aku senyum lagi.

"Am sayang Risa" dia tergelak sedikit lalu melepaskan pelukan dan turun dari katil.

"Nak ke mana?" Soal aku padanya.

"Nak pergi tandas"

"Nak buat apa?"

"Menangis" jawabnya lalu terus masuk ke dalam tandas. Aku tergelak dengan telatahnya. Macam2 hal betul la isteri aku sorang ni. Nak menangis pun kena masuk bilik air ke? Pelik2 je la dia ni.

"Encik Akram Jeffry!" Laungnya ceria. Dah berjaya cari nama penuh aku nampaknya.

"Ya, Puan Arisa Syafinaz"

"Yay! Risa dah tahu nama penuh Am"

"Yay! Mana tahu?"

"Your IC!" Aku tergelak bila dia tergelak senang. Bahagia je dia ya.

"Bye!" Dia terus masuk balik ke dalam rumah dan aku pandang abah yamg duk pandang kami berdua.

"Baru tahu nama penuh?" Soalan abah buat aku gelak sikit.

"Ya abah, Risa tu mana ambil tahu pasal Am dulu"

"Sekarang dah sayang la ya?"

"Ya la kot" aku dan abah sama2 gelak selepas itu. Hahaha.

"Termenung apa ni?" Soal aku pada Risa yang asyik pandang ke bendang sawah yang menghijau. Sehari dua ni suka betul dia termenung kan?

" teringatkan family kat KL"

"kenapa?"

"rasa bersalah"

"Kenapa rasa bersalah?"

"Entah, sebab Risa nak mereka bahagia sama macam Risa. Risa tak perlukan harta tu semua"

"Ya, Am tahu Risa tak perlukan semua tu."

"Habis tu, Risa nak buat apa dengan semua harta tu?" Soalan dia buat aku tergelak. Hai, banyak harta tak tahu pulak nak buat apa.

"Entah, Am pun tak tahu"

"Risa nak berhenti kerja, nak serahkan jawatan CEO tu pada Imran, butik tu Risa nak bagi adik uruskan"

"Ha? Betul ke ni? Habis tu Risa nak buat apa?" Biar betul? Dia nak
bersara macam tu je?

"Risa nak jadi suri rumah je. Risa nak ikut Am pergi mana je"

"Am nak pergi mana je, bengkel tu je la"

"Ha! Tu la maksud Risa. Nak ikut pergi bengkel. Nak mulakan kerja baru"

"Mechanic?" Soal aku pelik.

"Yup!" Ujarnya ceria dan aku tergelak lagi.

"Betul ke ni?"

"Betul! Saya nak kenal cinta saya ni dalam2" ujarnya dan aku peluknya erat.

"Sayang Risa!"
"Hmm" ujarnya dan balas pelukan aku. Buat kali pertama la kot. Hahaha.

"Cukuplah tu, cuba tengok kiri kanan, semua mata dok memerhati. Malulah" tegurnya dan aku gelak lagi. Aku tersenyum pandang dia yang turun dari pangkin dan berlari anak ke arah mak yamg sedang bagi ayam makan.

Wahai Tuhan yang maha pengasih dan penyanyang, pilihlah aku agar sentiasa menjadi penemannya hingga ke syurga Mu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience