BAB 21

Romance Completed 12196

"I didnt mean it. I'm sorry" pinta aku dan dia tutup semula pintu kereta lalu pandang aku.

"I yang patut minta maaf, I'm sorry" pintanya dan aku senyum lalu berjalan mendekatinya.

"Saya tak patut marah cik depan orang ramai macam tu"

"No, it's fine. I yang malu sebab dah pandang rendah dengan you"

"It's ok. Let's be friend"

"Sure?" Soalnya teruja.

"Yes"

"Friends!" Ujarnya lagi ceria dan tiba2 senyuman dia hilang dan matanya jelas terkejut dengan apa yang dia lihat. Aku toleh ke belakang dan aku ikut sama terkedu. Cik Risa dan Imran.

"Great! Diana is here too. Both of you, in a relationship?" Imran bersuara dan gelak sikit. Aku pandang Diana yang menggelangkan kepala dengan maksud yang cuba disampaikan Imran.

Pada mulanya mata aku jatuh pada wajah bersahaja Cik Risa kemudian aku palingkan wajah dan pandang Cik Diana. Aku senyum segaris sebelum pandang mereka berdua semula.

"Give it to them sayang" Cik Risa hulurkan dua sampul dan aku teragak agak untuk menyambutnya. Mata kami langsung tak bertemu dan sebaik sahaja sampul bertukar tangan dia terus melangkah pergi.

"Pray for our marriage" Imran bersuara ceria dan berlalu dengan ikut langkah Cik Risa. Their marriage?

"I learn something today" aku tersedar dari lamunan dan pandang Cik Diana.

"Love is not belong to us" ujarnya lalu masuk ke dalam kereta dan terus pergi. Aku mengeluh dan sampul dibuka. Hati aku sebak dan rasa sakit yang teramat sangat kat dalam ni.

"Semoga awak bahagia, cinta" aku masukkan kad ke dalam sampul dan masuk semula ke bengkel.

"Am" terasa ada tangan yang menyentuh bahu aku. Aku serahkan sampul itu dan terus menonong ke kereta. Maka, berakhirlah cinta yang tak terungkap ni.

Jepun, aku menyedut nafas dalam2 dan memang suasana kat jepun ni fresh musim sejuk macam ni. Welcome me Japan! Aku terus ke hotel yang telah disediakan dan aku rasa sangatlah sunyi kat sini sorang2. Semoga aku dapat lupakan cinta tu dan bila aku balik nanti mungkin aku boleh bawak balik menantu kat mak ke. Hahaha. Mana nak tahu kan? Aku kemas sedikit barang dan ke beranda, wah! Salji dah turun dah, aku senyum puas hati dan kemudian masuk ke dalam bilik. Sejuk gila kau boleh beku kalau duk kat luar lama2.

Atas dasar kerja aku ada kat sini dan aku dah rindukan Malaysia. Macam mana ni? Bukan aku rindu Malaysia je, keluarga aku of course la! Dia? Sakit rasanya kalau nak bohong diri sendiri dengan cakap tak. Aku dah tiga bulan kat sni, dan hari ni tarikh kahwin dia. Sayonara love. Cewah! Cakap jepun skit. Hahaha. Tak ada apa yang boleh aku buat lagi dan pastinya aku rasa sedih sangat sekarang ni.

"Semoga awak bahagia disisi dia" ucap aku lemah dan terus berjalan di bandar terbesar di Jepun. Tokyo la. Esok, aku dah balik, kenapa bukan hari ni kan? Kalau tak mesti aku sempat halang majlis hari ni. Hahaha. Jahat plan aku kan? Tadi susah payah dah doa kebahagiaan dorang sekarang sempat lagi doa yang bukan2. Agaknya, ada tak dia suka aku?

"She is married!" Aku sedarkan diri sendiri dan duduk di bangku kosong. Walaupun sejuk, aku rasa lagi sejuk hati aku sekarang ni kut. Beku terus dah. Tak kuat lagi nak jatuh cinta buat kali kedua.

Selesai dah kisah cinta aku! Aku dah tinggalkan semua tu kat Jepun. Tolonglah jangan datang balik sebab tak muat bagasi dah ni nak bawak. Banyak buah tangan dalam bagasi ni. Selamat tinggal kenangan dan semoga kau bahagia kat negara orang.

"Macam kenal" kuat firasat aku kata yang aku kenal orang depan aku ni. Tapi, takkan la kot. Mustahil dia tahu rumah aku kat mana dan dia buat apa kat sini? Peninglah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience