BAB 7

Romance Completed 12196

"Saya makan ni" aku bersuara dan dia anggukan kepala. Aku tadah tangan dan dia ikut sama tadah lalu aku suakan kek itu dalam mulut. Gila! Heaven doh rasa dia memang sedap hingga menjilat jari ni. Moist gila dah la cair di mulut je cheese dengan coklat dia. Pergh! Memang aku suka makanan manis pun! Kalau mak rasa ni mahu lompat cecah awan sebab sedap sangat.

"Betul ke cik buat ni?" Soal aku padanya.

"Ya" jawabnya ringkas.

"Ya ke? Ke mak cik yang buat?"hehehe.

"Saya yg buat, mak tolong jugak"

"Dah agak, mana satu. Cik yang tolong mak cik yang buat ke sebaliknya?"

"Saya tak kisah awak fikir apa" pergh! Jawapan tak boleh buat bergurau langsung. Aku terus makan dan dia pandang je.

"Bila saya kena mula kerja?"

"Awk decide. Saya ikut je"

"Esok tak boleh, lagi satu esok la ya."

"Boleh je. Tapi, ada a few syarat kalau awak tak kisah"

"Tak kisah, apa?"

"Nanti saya cakap. Saya kena pergi ni." Ujarnya seraya angkat punggung. Alah! Baru je nak sweet2 makan kek berdua, makanan dah tepat masalahnya tempat ni spoil. Bengkel kereta kau! Hahaha.

"Cakap tak suka kerja lain. Yang kau pergi jadi driver dia kenapa?" Aku jeling Wan yang tak setuju aku tukar kerja jadi driver cik Risa, suka hati aku lah. Hihihi.

"Entah, kau syok kat minah tu eh?" Soal Shah pula dan aku diam, takkanlah aku suka kat dia tapi kenapa jugak aku terima kan? Aku garu pipi dan berfikir sejenak tapi tak dapat jugak jawpan dia. Diam je la.

"Aku tanya ni!" Marah Shah bila aku sia siakan dia punya soalan. Aku sengih sekejap dan sambung fikir balik tapi sah memang tak ada jawpan.

"Tak tahu la weh, sebab kesian kot. Dia tu sakit"

"Kenapa nak kau jugak jadi driver, kenapa tak upah orang lain?"

"Apesal korang semua nak jadi polis ni? Driver pun kerja yang halal apa"

"Memanglah halal. Tapi kalau dibandingkan driver dengan seller baik seller la, kan?" Wan kemukakan cadangan dia dan mintak persetujuan Shah.

"100% betul bro!"

"Kan aku dah cakap sebab dia sakit."

"Sebab dia sakit ke kau yang skit angau?"

"Mana ada! Korang ni, otak budak2"

"Ya la tu, kan?"

"Susahnya cakap bahasa melayu ni!"

"tak nak mngaku la tu!" Eish! Dua orang ni ada yang nak kena hentak rasanya.

"Korang kisah sangat kenapa?" Soal aku geram dan dua2 senyap.

"Pelik je, sebab kau rela kerja dengan dia. Dengan cik Diana kau jaki pulak"

"Sebab, dia tak pernah bandingkan kerja aku sebagai pomen dengan kerja lain. Dia tak pernah rendahkan kerja aku tu" betul la kan? Dia respect aku kan?

"Ya la, kalau lawan mulut kau tak menang jugak kami ni. Esok pakai baju putih la kau ya?" Soal Wan tersengih.

"Tak lah, baju biasa je. Dia cakap bukannya nak jadikan aku driver sangat. Just orang yamg tolong bawakan kereta untuk dia. Dia tak sihat dan dia tak nak risaukan mak dia"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience