BAB 26

Romance Completed 12196

"Risa rasa?" Soal aku padanya dan dia termenung sekejap.

"Macam ni ke kalau Am merajuk?" Soalnya lagi dan aku angguk.

"Lain kali, kalau nak merajuk warn dulu. Risa tak tahu" ujarnya jujur dan aku terus gelak. Aku tariknya rapat ke badan aku dan memeluknya erat. Dahinya aku cium dan dia terus keras kejung kat situ.

"Saya rasa kekok la" terasa tangan kecilnya menolak sikit badan aku dan dia pun dah lain macam sikit. Hahaha. Kelakar betul isteri aku ni kan?

"Kita tidur sini, esok Am teman Risa pergi ofis."

"Yay! Hope that so much"

"I love you" ucap aku dan dia diam lalu pandang aku dalam2. Aku nak dia tahu dan yakin yang aku cintakan dia.

"Risa rasa apa yang Am rasa" ujarnya pula dan terus masuk ke dalam rumah. Aish! Banyak maksud betul ayat dia tu.

Aku genggam erat tangannya bila semua orang pandang dia pelik. Mestilah kan, dah dia yang lari masa majlis kahwin dulu dan sekarang ni datang dengan driver dia pulak. Aku berikan kekuatan padanya dan dia nampak lebih kuat untuk melangkah.

Bila kami masuk ke dalam bilik mesyuarat semua mata pandang kami dan pastinya Imran terkejut dengan kehadiran Risa di situ.

"Cik Risa, sila duduk"

"Suami saya, Am" dia perkenalkan aku pada semua orang dan mereka berempat terkejut. Gila tak terkejut angin tak ada ribut tak ada dah kahwin pun kami berdua ni. Aku rendahkan sedikit kepala tanda hormat dan peguam itu senyum.

"Risa! You lari dari majlis kahwin kita sebab nak kahwin dengan driver you ni?" Imran terus bersuara lantang.

"Mohon jangan bertekak, kita nak bincang tentang wasiat arwah" peguam itu bersuara dan Imran hentak meja agak kuat. Aku pandang Risa dan senyum padanya. Dia angguk dan senyum sama.

"Kita mulakan dengan rumah banglo tu, arwah dah tukarkan nama kepada kamu semua. Kamu berempat berhak ke atas rumah itu dan tak boleh dijual sama sekali"

"Share syarikat 60% dibahagi kepada 4. 30% atas nama Cik Risa, dan masing2 10% milik , puan, dan dua anak puan"

"What?!"

"Mohon dengar sehingga habis ya puan"

"Harta2 lain telah dibahagikan, 40% atas nama Cik Risa anak kandungnya dan 10% kepada puan, setiap 10% kepada anak2 tirinya dan bakinya untuk rumah kebajikan"

selesai je pembacaan wasiat itu terus keluarga tiri Risa bertekak dan tak berpuas hati. Aku diam je la dah nama pun bukan hal keluarga aku kan?

"Itu sahaja, wasiat ini sah dan tak boleh ditukar" ketiga2 keluarga tirinya terus beredar dalam bengang. Aku rasa nak senyum je tapi Risa dah buat muka garang. Baik sangat dia ni. Haish!

"Ni surat yang arwah nak sya beri pada cik hari ni" sampul putih itu Risa ambil dan dia ucapkan terima kasih. Kami berdua minta diri dan keluar dari situ dengan senyuman mesra kpda staff lain. Biarkan apa nak jadi sekalipun yang penting kami dah halal.

Dia masih lagi bermain dengan surat yang arwah papanya kirim. Mungkin berkira nak baca atau tak kot.

"Bacalah" ujar aku dan duduk disebelahnya. Dia senyum sedikit dan buka sampul itu perlahan lahan. Terketar tangannya nak buka lipatan surat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience