BAB 6

Romance Completed 12196

"Saya dah bersyukur dengan gaji saya walaupun ciput" ujar aku agak tegas dan entah kenapa aku rasa macam tak ada mood dah nak buat2 baik. Tak suka betul aku mind set orang kaya ni fikir bila bab duit.

"Saya minta diri dulu" ujarku tanpa
nada dan berjalan keluar. Ei! Bengkak pulak hati aku dengar orang cakap macam tu kat aku. Dahi aku ni ada cop mata duitan ke apa? Nak balik macam mana ni? Jalan kaki je la! Aku terus berjalan, kalau nasib baik ada teksi boleh jugak aku naik teksi nanti.

"Knapa orang kaya ni asyik fikir orang biasa macam kita ni hadap sangat dengan duit?" Ha! Nak meletup pulak aku rasa sekarang ni. Shah yang tengah syok duk main gitar pun pelik tengok aku naik angin tak pasal2.

"Kau ni pehal? Angin tak ada, yang ribut ni kenapa?" Shah bertanya. Aku duduk di sebelahnya dan merengus kasar.

"Tak lain tak bukan si Cik Diana la tu" jawab Wan pula dan mereka berdua ketawa sakan.

"Aku mention orang kaya ok! Agaknya semua orang kaya macam tu kot!" Bentak aku lagi dan Wan diam begitu juga dengan Shah.

"Sorang je orang kaya yang nak kau kerja dengan dia rasanya" ujar Shah pula dan aku tumbuk bahu dia geram. Saja je la dorang ni naikkan darah aku.

"Malas aku cakap dengan orang macam korang ni!" Aku terus masuk ke dalam bilik dan tidur walaupun hati tak tenang. Argh!!!! Bencinya!

Keesokannya ada kedatangan yang tal disangka dan aku pun tak suka sangat dia datang kalau setakat nak bagi aku kerja dengan gaji yang banyak.

"Cik nak apa?" Soal aku tanpa nada yang mesra macam dulu lagi.

"Saya minta maaf" ujarnya lembut dan serta merta je hati aku rasa sejuk dan lapang. Aku cuba kawal riak muka dan pandang tempat lain. Nervous la pulak!

"Saya bawa kek" ujarnya dan aku berkerut. Dah apesal pulak dengan kek ni. Aku pandang dia bawa keluar bekas dan dia pelawa aku duduk di satu meja. Aku pun ikut je la.

"Mak cakap kalau nak minta maaf, bagi sesuatu kat dia. Ni je saya mampu" ujarnya tanpa riak dan aku pandang kek yang nampak macam sedap je. Huish! Menggoda betul ni.

"Tak perlu susah2. Saya tak kisah pun" acecey, jual mahal la ni kononnya.

"Saya minta maaf, saya tak ada niat nak rendahkan kerja awak dengan offer gaji lebih banyak. Saya cuma tak pandai nak bercakap. Saya orang business dan money is always the main topic and the goal" wah! First time aku dengar dia cakap panjang lebar macam ni. Hehehe. Ikhlas ke saja je dia ni.

"Kenapa nak upah saya?" Soal aku padanya pula dan dia diam.

"Mak cakap awak nampak baik" ujarnya dan aku rasa nak gelak. Bukan sebab dia rasa aku baik tapi sebab mak dia yang cakap aku baik. Hahaha.

"Saya dah kerja" aku jawab benda yang sama padanya. Dia pandang lantai dan termenung seketika.

"Saya faham. Makanlah" pelawanya lagi dan aku rasa serba salah pulak sekarang ni. Pujuk la aku lagi mana tahu aku nak ke, kan? Aku ni macam nak je. Lagipun dia nampak tak sihat je dan lemah semacam je.

"Saya boleh kerja dengan cik, tapi gaji saya nak sama je dengan sini" aku bersuara dan dia pandang aku agak terkejut. Dia tak senyum tapi dia gigit bibir bawah dia, nampak comel je dia ni.

"Betul?" Soalnya.

"Betul" aku balas dan dia anggukkan kepala entah kenapa.

"Perlu ke saya pakai baju macam driver lain tu?"

"Tak perlu. Awak pakai macam biasa je" ujarnya dan aku senyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience