BAB 13

Romance Completed 12196

"Tapi memang cik cantik pun!" Tegas aku pula dan dia hanya buat muka dunnow. Ish! Mesti tak percaya ni kan?

"Saya ikhlas" perlahan je suara aku kali ni dan dia senyum lalu pandang aku, selalunya dia kalau nak senyum pandang tempat lain.

"Saya gembira" ujarnya lembut dan aku sengih. Hailah, dapat buat si kecik ni gembira pun dah cukup buat aku rasa bahagia.

"Petang nanti mak cik datang jenguk cik"

"Susahkan mak je" ujarnya pula dan aku senyum. Asyik fikirkan orang lain je sampai diri sendiri jatuh sakit pun tak peduli.

"Untuk anak dia, tak kan rasa susah pun" eh! Kenapa muka dia tiba2 je berubah ni? Aku ada salah cakap ke?

"Mama saya dah pergi. Mak tu pengasuh saya. Mak kedua saya" mata aku membesar. Pedia? Patutlah kan? Kalau tak takkan mak cik tak fight untuk anak dia ni kan? Oh. Pengasuh rupanya.

"Ni mama saya" dia tunjukkan gambar di dalam telefon dan aku terpegun sekejap. Cantik gila kau!

"Mama mix jepun" ujarnya dan senyumannya kali ini berbeza sungguh. Jelas bahagia di matanya.

"Patutlah Cik Risa lawa" aku pujinya pula dan dia senyum je.

"Papa kawin dengan mama tanpa rasa cinta. Semuanya atas dasar keluarga je. Papa break dengan mak tiri saya. Kalau mereka tak dapat anak papa tak kan dapat syarikat tu. Papa layan mama tak pernah elok pun dan mama banyak makan hati. Mama ada butik, Risa Boutique dan banglo ni la yang mama tinggalkan pada saya. Lepas je saya lahir, tak sampai 40 hari lagi papa dah kawin lain. Bila saya umur 10 tahun, mama dah pergi sebab kanser rahim. Mama cakap, walaupun papa tak terima dia, dia cakap saya ni hasil cinta dia pada papa. Saya percaya ada tiga cinta dalam dunia ni, cinta Allah, cinta rasul dan cinta mama. Saya tak percayakan cinta lain lagi. " aku diam bila dia cakap macam tu dan aku tak salahkan dia kalau dia tak percaya wujudnya cinta lain, yang penting dia tahu wujudnya cinta Allah.

"Aw!k tahu kenapa saya kahwin dengan Imran?" Soalnya pada aku dan aku gelengkan kepala. Mana la aku nak tahu kan?

"Sebab saya nak tahu boleh ke cuba cinta orang yang tak suka kita. Ternyata tak mampu pun. Saya, tak pernah rasa apa2 pun dekat Imran" heh! Aku suka part tu. Saya tak pernah rasa apa2 dekat dia. Hahahaha. Perasan mamat tu yang ada orang suka dia.

"Betul ke tak ada?" Soal aku balik.

"No" balasnya tenang.

"Kalau dalam tv tu mesti ada rasa debar2 lah. Cik tak rasa macam tu ke?"

"Awak layan drama ke?" Soalnya agak terkejut.

"Layan la jugak. Sikit la"

"Saya tak layan benda macam tu. Full of fake" ish! Dia ni tak fun langsung. Tak live the life.

"Jom pergi tengok wyang" aku ajaknya dan dia buat muka tak nak.

"Jomlah! Kalau tak saya merajuk"

"Tu je modal awak nak paksa saya kan?"

"Haah!"

"Bila?" Soalnya pula dan aku dah rasa bahagia tahap lompat cecah awan.

"Lepas cik keluar hospital. Yay!" Ujar aku ceria dan dia gelengkan kepala dengan gelagat aku entah apa2 ni. Aku senyum dan teruja nak ajak dia tengok wayang. Tapi tak tahu nak tengok cerita apa. Kalau cinta sah2 dia buat taik mata je nanti. Baik tengok cerita action je, ke cerita hantu? Mana satu ni?

"A fact story" ujarnya macam tahu je aku tengah fikir apa. A fact story? Ugh! Boleh kawan dengan Wan ni. Tak layan aku cerita tak ada feeling macam tu. Bosan!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience