BAB 8

Romance Completed 12196

"Oh, kau rela pun sebab kesian la ni?" Akhirnya! Faham jugak dua orang ni. Susah!

"Ya la!"

"Dia sakit apa?" Soal Wan tiba2 berminat.

"Entah, tapi, aku rasa kritikal jugak sampai pucat tak berdarah, jalan pun tak larat. Dah la bergantung dengan ubat"

"Ya? Kesiannya" Shah pulak yang turut simpati. Hehehe. Tahu pun kisah sedih ni.

Pagi2 lagi aku dah tercongok depan banglo dia ni. Aku heran mana ayah dia langsung tak pernah nampak. Mana orang lain lagi dalam rumah ni? Atau memang mereka berdua je? Hurm?

"Dah lama sampai?" Aku terkejut bila dia muncul depan mata aku. Dia ni, haish! Dia ni lawa tapi tak bergaya langsung dan nampak macam biasa je. Tapi, dia comel kot. Hihihi.

"Kenapa pandang macam tu?" Erk! Tenung anak dara orang tak ingat dunia kau.

"Ada lipstick kat pipi" ujar aku reka je dan dia tak respon pun. Kesat pipi pun tak. Kenapa dia tak kalut macam perempuan lain pun?

"Jom kita pergi" ajaknya lalu masuk ke dalam kereta di bahagian belakang. Aku dah nama pun driver mestilah kat depan.

"Sorry, saya tak selesa nak duduk depan" ujarnya dan aku pandang dia sekilas. Macam tak sihat je muka dia ni.

"Tak apa. Saya tak kisah pun. Cik steady je kan bila saya cakap ada lipstick kat pipi. Kalau adik saya? Berlari cari cermin" aku tergelak kecil dan dia hanya pandang aku kosong. Tak lawak agaknya apa yang aku cerita ni.

"Saya tahu awak tipu"

"Macam mana cik tahu?" Soal aku teruja nak tahu . Setakat ni kalau aku bohong semua orang percaya je. Hahaha.

"Sebab saya tak pakai lipstick pun" rahang aku jatuh saat dia cakap macam tu. Pedia???? Pink asli la bibir dia tu? Woi! Nakalnya mata anak pak mior ni! Smpai bibir anak orang pun kau survey.

"Kita nak ke mana?" Soal aku simpang skit. Malu la aku .

"Kita pergi ofis saya dulu. Nanti saya tunjukkan jalan"

"Ok! Are you ready miss?" Soal aku gaya pilot gitu. Heh! Dulu sekolah malas macam mana nak jadi pilot. Tapi aku minat kereta tak minat aero.

"Dah" balasnya ringkas dan setelah membaca bismillah kami bergerak pergi. Baru je kereta bergerak dia dah tutup mata. Mungkin rehat kot. Kesian betul aku tengok keadaan dia ni dah la muka pucat macam puntianak, kurus kering, kecik je. Sakit pulak tu. Dia sakit apa agaknya ya? Yang aku sibuk sangat ni apesal jugak. Hish!

"Awak, hentikan kereta jap" pintanya resah, aku terus hentikan kereta di tepi jalan dan dia terus berlari keluar dan muntah di tepi jalan. Aku cepat2 keluar dari kereta dan risau tgok keadaannya. Dia hampir terduduk dan aku menyambutnya, lemah gila badan dia sekarang ni. Dia sakit apa ni? Mengandung? Takkanlah kan? Tapi,dia mana kawin lagi. Dah! Yang kau sibuk sangat ni kenapa.

"Cik ok tak?" Aku menahan badannya dari terus rebah dan dia sandarkan kepala dia tak berdaya. Haish! Aku ni kot ya pun nak berdebar jangan la time gawat gini. Tak ada cara lain dah, baik aku bawak dia pergi klinik je. Aku angkat tubuh kecil yang dah tak larat langsung ke dalam kereta dan destinasi aku ubah ke klinik. Klinik abang long la senang sikit.

Sesampai di klinik aku papahnya pula dan dia mengelak untuk ke klinik. Keras kepala boleh tahan jugak dia ni kan? Dah nak pengsan pun sempat lagi layan kepala angin dia. Aku tak fikir banyak terus angkat dia dan bawa ke ruangan abang long tanpa hiraukan mata yang memandang. Abang long sendiri terkejut tengok aku terjah bilik dia macam tu je.

"Abang, tolong jap" aku bersuara dan abang yqng masih lagi terkejut cepat2 bangun dari kerusinya dan dia minta aku letakkan dia di atas katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience