BAB 8

Humor Completed 434

Lama dia menghilang. Tiada berita. Tanpa khabar. Telefonnya tidak
diangkat. SMS tidak dijawab. Rumahnya kosong dan pekerja-pekerjanya
tidak tahu ke mana dia pergi.

Dia merenung kain shawl warna hijau zamrud yang tergantung di birai
katil. Besok adalah permulaan baru bagi dirinya. Dia ingin tampil dengan
imej baru bila bersua buat pertama kali dengan jejaka yang berpotensi
menjadi imamnya. Shawl itu kelak akan dipadankan dengan baju kurung
moden warna kuning cair, hasil jahitan tangan Kak Jamlus sendiri.
Biarlah titik mula dia menuju ke alam rumahtangga dimulakan dengan
keberkatan, pesanan Kak Jamlus masih jelas dalam ingatannya.

“Ya Allah, peliharalah Kak Jamlus dari segala bahaya dan
bisikan-bisikan hati manusia yang ingin berbuat jahat kepadanya...” doa
Kim sebelum beradu ke alam mimpi. Belum sempat dia melelapkan mata,
telefon bimbitnya berdering.

“Kak Jamlus !”

Doanya termakbul. Tapi dia lupa untuk mendoakan dirinya sendiri.

Pernahkah kau bermimpi seketika

berada di tempatku?

_Deep Web Internet_

Sebelum ini, dia tidak pernah tahu akan kewujudan entiti maya ini. Enjin
carian internet bukan konvensyenal yang menyimpan seribu satu rahsia
hitam dan kesongsangan minda manusia ini, tidak ramai yang mengetahui
akan kewujudannya. Begitu gelap dan tersembunyi sehinggakan ramai user
dalam forum-forum alam maya yang disertainya, berkali-kali menasihati
sesama mereka agar tidak sesekali melayari sisi gelap dunia internet
ini. Tapi dia sudah nekad. Dia sudah pun memuatturun aplikasi Tor yang
membolehkannya masuk ke dalam dunia tersebut. Urban legend
semata-mata, bisiknya.

Hitam yang menjadi warna latar laman sesawang tersebut, dihiasi dengan
siri jujukan nombor dan abjad berwarna-warni berupa kod-kod yang tidak
difahaminya. Berbeza dengan enjin carian konvensyenal seperti
Google yang membolehkan user membuat carian maklumat dalam ruangan
khusus, deep web internet lebih bergantung pada nasib si pelayar
internet. Setiap satu siri kod-kod tersebut adalah pautan khusus yang
membolehkan user melayari hingga ke lapisan internet yang paling
dalam, yang paling gelap.

Dia membuka secara rambang kod-kod yang tertera pada skrin komputer itu
dan mendapati pautan topik yang bersangkutan.

Sex slave forum

USA secret documents forum

Torture show for pay forum

How to kill your spouse forum

Setelah beberapa percubaan, akhirnya dia menemui apa yang dicari.

Dia tersenyum, lalu memandang cermin.

Melihat refleksinya.

Melihat iblis tersenyum membalas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience