BAB 7

Humor Completed 434

Ada satu peringkat dalam diri setiap manusia bila batas-batas kesabaran
dalam diri terpaksa dilangkaui. Saiz badannya yang naik mendadak selepas
kematian ibu bapanya, menjadikannya topik umpatan yang seronok untuk
dibincangkan oleh rakan-rakannya sendiri.

Kononnya, raut wajahnya yang cute tidak sepadan dengan bentuk badannya
yang seperti buah pear. Kononnya lagi, sebab utama Habil tidak dapat
menerimanya adalah kerana saiz badannya yang tidak seimbang dengan saiz
mukanya. Tapi kini, dia boleh berbangga dengan hasil usahanya.
Popularitinya terbukti dengan bilangan followers dalam Fac
danInstagramnya. Tapi yang anehnya, perubahan drastik bentuk badannya
turut disertai dengan perubahan drastik seleranya.

Seleranya terhadap batang berjuntai dan bentuk bersegi-segi.

“Quisomodo, si pemukul loceng gereja”.

Gelaran yang diberikan bila dia mula ditugaskan membunyikan loceng waktu
rehat di sekolah convent suatu masa dulu.

“Beauty and the beast”.

Bila dia dilihat berjalan bergandingan dengan manusia yang normal
fizikalnya.

“Overdose”.

Bisik rakan-rakannya di kelas biologi bila perubahan struktur mukanya
tidak sepadan dengan perubahan hormon remaja perempuan yang lain.

Dia akur dengan populariti dirinya. Pasti ada keindahan dalam setiap
ketidaksempurnaan, katanya menyakinkan diri. Namun, dia tidak menyedari
pada waktu itu, bahawa kata-katanya itu tidak lebih dari sekadar
kata-kata penyedap hati.

Dua orang wanita popular, tapi dalam dua bentuk yang berbeza. Seorang
memilih, seorang lagi menjadi insan terpilih.

Begitu takdirnya.

Sudah lama dia menyimpan hasrat untuk bertanya soalan itu. Cuma dia
masih menunggu masa yang sesuai. Tapi entah mengapa, mulutnya menjadi
begitu cabul pada hari itu.

“Kak, mengapa akak belum kahwin?”

“Akak lawa apa. Hidung pun dah macam Karisma Kapoor. Memilih sangat
kot... “ sambungnya tergelak sedikit.

Epal merah dalam genggamannya terlepas. Terkejut dengan kebiadapan
kata-kata yang keluar dari mulut itu. Dia bingkas bangun lalu berdiri
memandang cermin. Dia meraba-raba wajahnya. Dahi, hidung, pipi, dagu dan
setiap ceruk dan sudut pada raut wajah itu. Betapa buruknya makhluk
ciptaan Tuhan ini, bisiknya. Lipatan kain tudung di pelipis kepalanya
ditarik ke depan, menyembunyikan lagi wajahnya yang sudah sedia tertutup
sepertiga.

Kain yang banyak jasanya merahsiakan kecacatan congenital sangkar
tulang rusuknya dan dadanya yang leper.

Merahsiakan kecacatan orientasi seksualnya.

Merahsiakan takdirnya daripada pengetahuan orang lain.

Betapa malangnya makhluk ciptaan Tuhan ini, jerit hatinya lagi.

Perasaannya bercampur baur. Fikirannya berkecamuk. Terperangkap di
antara penolakan berbisa yang diterimanya malam tadi dan soalan berbaur
penghinaan yang baru diterimanya tadi. Dan apabila kotak amarah yang
tersimpan lebih 40 tahun dibuka, maka sang pembisik pun mula mengukir
senyuman. Dia segera meninggalkan tempat itu, meninggalkan Kim dan
pekerja-pekerja Dear Lover, terpinga-pinga.

Kuasa mulut seorang perempuan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience