BAB 9

Romantic Comedy Completed 441

Jam menunjukkan pukul 2 petang. Sudah hampir 10 minit dia menunggu di
situ. Dia berdiri di bawah teduhan pohon api-api di pinggir jalan,
sambil menyaksikan kenderaan yang lalu lalang. Tak banyak dan agak sunyi
keadaan di sekeliling. Baru sebentar tadi, Lestari ada memberitahunya
yang adik angkatnya akan melalui jalan tersebut untuk menjemputnya
keluar makan tengahari bersama.

Dari arah bertentangan, kelihatan sebuah Proton Wira putih bergerak
menuju ke arahnya. Kereta itu lalu berhenti di tepi jalan.

“D?... Saya kawan Adam. Dia tak dapat datang ambil. Ada kecemasan. Dia
minta saya tolong hantarkan,” kata pemandu kereta tersebut setelah
menurunkan cermin tingkap keretanya.

Ada sesuatu dalam loghat bahasa lelaki itu yang mencurigakan hatinya.
Dia hanya dapat melihat separuh sahaja wajahnya yang dilindungi cermin
gelap dan kaca mata hitam.

Dealova tunduk seketika cuba mencari-cari sesuatu di dalam beg
tangannya. Belum sempat dia mengeluarkan telefon bimbit, dua orang
lelaki lain keluar dari kereta tersebut. Dia terpana melihat kelibat
lelaki-lelaki berbangsa asing itu yang menghampirinya. Rasa curiga
semakin menebal bila pemandu kereta tadi keluar dan berdiri di
sampingnya. Dia cuba untuk melangkah pergi, tapi ketiga-tiga lelaki
tersebut segera menghalangnya. Seorang mengangkat dan memegang kakinya,
sementara seorang lagi memegang badan dan kedua-dua tangannnya. Si
pemandu memekap mulutnya dengan sapu tangan, seraya berbisik dari belakang,

“Hari ni, aku akan ajar kau erti kenikmatan di antara lelaki dan
perempuan.”

Dealova meronta-meronta dengan segenap kekuatannya yang ada. Matanya
tiba-tiba tertumpu pada seraut wajah dengan rambut memutih di kepala,
duduk di kerusi penumpang belakang kereta, sedang memerhatikan mereka
dari tingkap yang separuh terbuka.

“Kak Jamlus !”

Dan apabila si insan terpilih sudah memilih takdirnya, maka sempurnalah
sudah ketidaksempurnaannya.

Pintu bonet kereta dibuka, sebelum pandangannya bertukar gelap.

“Tapi mengapa?!” jerit hatinya, diiringi linangan airmata perpisahan.

Lantas ku pendam, ku putuskan...

_Harian Metro, 14 Februari 2016_

Klang– Polis telah menemui mayat seorang wanita dalam lingkungan
umur 20-an, dipercayai dibunuh. Mayat itu ditemui di kawasan semak samun
berhampiran sebuah ladang pisang, di Jalan Klang Lama, petang semalam.
Penemuan tersebut dilaporkan kepada pihak polis oleh seorang penduduk
tempatan yang mengesyaki sesuatu bila anjing peliharannya dilihat sedang
mengigit cebisan daging mencurigakan yang bersalut perca kain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience