BAB 1

Humor Completed 434

Hai! Semua.

Nama aku Luk Luk.

Yup. El-Yu-Kay. Kuasa dua. Nama penuh Luk Luk Binti Ali. Tak glamour langsung. Entah apa yang parentsaku fikir time bubuh nama tu. Tapi aku paling suka dengan nama Kim, di antara berpuluh-puluh nama yang menjadi trademarkku.

Bukan Kim Kim, bukan Kim Chi apatah lagi Kim Jong-Un. KimK pun bukan.
Just Kim. For Kimbra . Sempena nama Kimbra Matthew , aktivis hak asasi manusia dari UK.

Saat ini, aku masih menunggu. Menunggu bilakah bantuan akan tiba membawaku balik. Dan menunggu bilakah sang utusan akan datang membawaku
pergi. Terasa seperti berbulan lamanya berada di alam nan asing ini.
Walhal, baru beberapa minit aku ditinggalkan tersadai sendirian di dunia itu, dengan sisa-sisa nafas yang masih berbaki. Masih sempatkah untuk aku bertemu dengan si dia?

Demonstrasi Pro - Palestin di hadapan Bangunan Lembaga Tabung Haji baru
sahaja berakhir. Jamlus berehat kepenatan di bawah sepohon pokok api-api
yang rendang. Matanya tiba-tiba tertarik pada sebuah motor yang berhenti
di halaman bangunan itu. Dia memerhatikan gerak-geri mat motor yang
turun dari motor itu. Memakai baju T-shirt putih longgar dengan seluar
jeans separas lutut dan kasut sneakers bertali kemas. Imej bunga
carnation dengan caption “Your Mother Is A Woman” yang terpampang
menghiasi T-shirt itu mencuri perhatian Jamlus .

“Apalah kerja mat motor ni di sini. Demo dah habis. Ini bukan demo hak
asasi wanita, ini demo membela hak asasi warga Palestin,” kata Jamlus
sendirian.

Jamlus sedikit terkejut sebaik sahaja mat motor itu membuka helmetnya.
Wajah menawan di sebalik helmet itu tiba-tiba membuat jantungnya
berdegup pantas. Rambutnya dipotong pendek ala Sofea Jane dalam filem
“Cinta kita”, dan di cuping telinga kirinya, ada subang kecil yang
menghiasi. “Macam pernah tengok. Mungkin pelakon.” Jamlus membuat andaian.

Jamlus ingin menyambung semula rehatnya tetapi terhalang apabila melihat
gadis itu melangkah perlahan menuju ke arahnya. Hatinya mula tertanya-tanya.

“Assalamualaikum, kak,” sapanya.

“Waalaikumussalam. Ya dik….” jawab Jamlus , sambil membetulkan lipatan
tudungnya yang labuh hingga ke paras pinggang.

Ketika itu, debaran jantung Jamlus bertambah kuat. Dia tidak menyangka
akan ditegur oleh seorang gadis secantik itu. Jamlus menyambut salam
yang dihulur oleh si gadis. Jarang dia bersemuka dengan gadis dengan
penampilan sebegitu di depan matanya. Mungkin ini satu permulaan baru
baginya. Gadis itu kemudian duduk bertentangan dengan Jamlus dan mereka
mula berbicara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience