BAB 6

Romantic Comedy Completed 441

Dia meletakkan sehelai selendang putih di atas kepala si gadis.
Perlahan-lahan tangan kanan gadis itu diangkat, lalu diletakkan di atas
tapak tangan kirinya. Jari manis si dara kemudian dibelai-belai lembut
ibarat bertemu sang kekasih yang ingin melangkah pergi buat selamanya.

“Ibarat puteri salju...” mula bicaranya.

“Jari ini kelak akan tersarung satu tanda, yang akan mengikat dua hati
menjadi satu,”

“... mengikat hati Adam dan Hawa.”

“Bukan Wawa, dan bukan Haha...” sambungnya lagi.

Si gadis tergelak sendirian mendengar ayat terakhir itu. Ada kelucuan
yang terselit.

“Setiap pasangan harus sepadan. Ibarat pipit sama pipit, dan enggang
sama enggang sama berterbangan. Supaya masyarakat kelak tidak
mentertawakan.”

Tawanya terhenti serta-merta. Kini giliran dia pula membelai wajah yang
ada di hadapannya itu.

“Betapa kecantikan luaran tidak pernah dapat menggambarkan kecantikan
dalaman seorang insan. Hanya Tuhan yang mampu membalas segala jasamu,
Kak Jamlus .” bisik hati Kim, cuba menghapuskan airmata insan itu.

Dengarlah bisikan hati

Untukmu yang tersayang

Tiada perpisahan yang akan terjadi

_Fac _

7 unread messages

72 notifications

Dealova : Let me be frank. I don’t love you. EVER. I don’t even know
who you are. You are more like a stalker to me, than a friend. Saya
tak pernah tengok picture you. The real you. You hanya post
gambar-gambar bunga. Like, hello! What does that even mean? You cuma
ada 25 orang friends dalamlist. Very suspicious. Saya rasa you
yang tak jujur. Saya rasa you ada multiple accounts, tapi you guna
account ni just untuk stalk saya, kan? Creepy. And for your
info, I’m getting married soon. WITH A MAN!

Klik.

Block.

Klik.

Dia kecewa.

Salahkah untuk berkongsi kasih? Jika seorang lelaki boleh dikongsimilik
oleh 2 malah 4 orang wanita pada masa yang sama, mengapa tidak wanita?
Bukankah lebih baik sekiranya seorang lelaki dikongsimilik di antara
wanita dan sesama lelaki? Tanpa perebutan dan persaingan dalam rumahtangga?

Ternyata dia hanya bertepuk sebelah tangan. Ternyata apa yang
diperkatakan oleh orang-orang di sekelilingnya adalah benar belaka. Dia
sedar, si cantik wujud sebab wujudnya si hodoh seperti dirinya. Dia
tidak layak untuk bercinta apatah lagi untuk dicintai. Bahkan mungkin
dia sudah tidak layak untuk hidup.

Atau mungkin...

Dia memandang cermin. Melihat refleksinya. Kebaikan hanya boleh dirasai
bila kejahatan memanifestasikan kewujudannya. Fikirannya menerawang
jauh. Ini soal hidup atau mati. Soal aku atau dia.

"... berada di tempatku," bisiknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience