BAB 2

Humor Completed 434

“Nama saya Luk Luk. Tapi akak boleh panggil saya Kim,” mula bicaranya.
Setelah memperkenalkan diri dan mula merasa selesa di antara satu sama
lain, mereka mula membincangkan pelbagai topik semasa di samping
mengetahui latar belakang masing-masing. Sehinggalah pada satu tahap,
bila dia mula menyentuh topik agama.

“Kenapa tiba tiba Kim ingin mendalami Islam?” tanya Jamlus semakin ingin
mendekati.

“Saya ingin bertaubat, kak.” ujar Kim perlahan.

“Taubat?”

“Ya, taubat. Saya dah sedar dengan dosa-dosa saya. Saya ingin kembali
mendekatkan diri kepada Allah dan mengenali Rasulullah secara dekat…”
ujarnya bersungguh-sungguh.

“Apa yang Kim dah buat?” tanyanya lagi, lembut.

Mendengar pertanyaan itu, Kim segera menundukkan pandangannya ke bawah.

“Saya lesbian, kak.” jawab Kim, membuat pengakuan.

“L…e…s...b...i…a…n...?” balas Jamlus , terputus-putus. Ada sebahagian
dalam dirinya yang seakan - akan hidup kembali apabila mendengar
perkataan itu.

_Republic Lessy_

Miss Teaq : Maaf cakaplah, tapi gua tak layan minah-minah kampung
macam lu ni.

Hawa7 : Saya hanya nak berkawan dengan awak.

Miss Teaq : Tapi gua tak suka cara lu nasihat gua itu ini.
Macamlah lu tu perfect sangat.

Hawa7 : Ok, kalau awak tak suka dengan apa yang saya katakan tadi,
saya minta maaf.

Miss Teaq : Ini bukan pertama kali lu nasihat-nasihat gua macam
ni, gua dah naik menyampah tau tak.

Hawa7 : Kalau saya boleh berubah, mengapa tidak kamu?

Miss Teaq : See? Betul kan apa gua cakap? Macam ni lah, sebelum
gua block lu, lebih baik lu berhenti chat dengan
gua. Better lu cermin balik diri lu tu. Cara penampilan lu tu
pun dah macam hantu bungkus gua tengok. Chow!

Dia sedih.

Bukan sekali dua dirinya ditolak sebegitu. Rata-rata user dalam laman
chat itu hanya memandang penampilan semata-mata. Salahkah jika kita
saling ingat mengingatkan? Seperti insan lain, dia juga punya hak untuk
dicintai dan mencintai.

Dan seperti ciptaan tuhan yang lain, wujudnya dia di dunia ini adalah
untuk mematuhi hukum ketidaksempurnaan makhluk yang semestinya wajib
berbeza dengan kesempurnaan Sang Pencipta itu sendiri. Istilah
kesempurnaan tidak mempunyai sebarang erti tanpa istilah
ketidaksempurnaan. Dan dirinya adalah sebahagian dari elemen
ketidaksempurnaan yang wajib wujud untuk menyempurnakan makna
kesempurnaan itu.

Tapi tidak! Masyarakat malah mengharapkan dunia ideal serba sempurna
yang tidak mungkin tercapai di alam maya ini. Komuniti lessy yang
seharusnya saling bantu-membantu memperbaiki persepsi kesempurnaan hasil
idea masyarakat luar komuniti, malah turut sama berkongsi idea
kesempurnaan seperti mereka.

Dia memandang cermin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience