BAB 10

Humor Completed 434

Hasil siasatan awal polis mendapati bahawa mangsa mati dalam tempoh
kurang dari 24 jam dari masa penemuan, berdasarkan keadaan mayat yang
masih segar semasa ditemui. Beberapa bahagian badan mangsa dipercayai
dipotong dengan senjata tajam. Polis juga tidak menolak kemungkinan
bahawa mangsa telah dirogol sebelum dibunuh. Mayat kini dihantar ke
Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat. Saksi kejadian
diminta tampil untuk membantu siasatan.

Hidupnya tidak berakhir seperti si puteri salju.

Dia terpaksa menggantikan tempat rakan sejawatnya yang mengambil cuti
kecemasan. Dalam hati dia masih mengharap agar semua ini hanya kes
pelanduk dua serupa. Paling tidak pun sekadar kebetulan, walaupun jauh
di sudut hatinya dia sedar, bahawa nama yang seunik itu, tidak mungkin
dikongsi oleh orang lain.

Perlahan-lahan dia membuka zip beg yang menyimpan jasad malang itu.
Tangannya sedikit terketar.

“Ya Allah, jadikanlah ini sekadar suatu mimpi.”

Ternyata bukan mimpi. Wajah indah yang sepatutnya dibelai dengan
sentuhan kasih tangannya, bertukar menjadi wajah duka yang bakal dilukai
dengan pisau yang dipegang oleh tangannya. Topeng muka yang dipakainya
basah, menzahirkan kesedihan yang sudah tidak dapat disembunyikan lagi.

Di suatu sudut, di kamar mayat itu,

Hai! Dr Adam.

Nama aku Luk Luk.

"Ketidaksempurnaan wajib wujud untuk menyempurnakan makna kesempurnaan

Kebaikan hanya boleh dirasai bila kejahatan memanifestasikan kewujudannya

Semuanya berada dalam keseimbangan

Begitu aturan Tuhan"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience