BAB 3

Humor Completed 434

Kulit wajahnya hitam. Mukanya lebar, bersegi. Keningnya lebat, bercantum
sedikit di tengah. Dahinya tertonjol ke depan.Terdapat banyak
lopak-lopak kecil di bahagian pipi dan dahinya, bukti jerawat batu
pernah menghiasi daerah tersebut suatu masa dulu. Hidungnya mancung,
tetapi terlalu mancung sehingga kelihatan seperti paruh burung enggang
jika dilihat dari sisi. Dagunya pula lonjong, mungkin akibat tarikan
kuat bidan kampung sewaktu menyambut kelahirannya yang songsang. Dan di
sekitar bahagian atas bibirnya pula, bulu-bulu halus tumbuh meliar.

“Tak cukup macho ke rupa aku ni?” bisiknya sendiri, cuba menghiburkan
hati.

Seperti yang dijanjikan, Kim datang ke kediaman Jamlus seminggu selepas
pertemuan pertama mereka. Rumah pangsa yang didiaminya cukup sederhana,
tapi meriah dengan pelbagai seni reka kraftangan buatan tangan yang
indah. Pertama kali melangkah masuk ke dalamnya, Jamlus meneliti
penampilan Kim dari atas hingga ke bawah. Matanya segera tertumpu pada
daerah dada.

“Lebih elok kiranya bahagian tu tertutup,” katanya masih memandang lurah
di tengah-tengah dada Kim. “Takut jadi tumpuan mata lelaki yang bernafsu
jahat.”

Tersipu-sipu, Kim segera menutup bahagian yang terdedah itu dengan kedua
tapak tangannya. Ini adalah pertama kali dia ditegur sebegitu sejak
sekian lama. Semuanya berpunca gara-gara bajunya yang semakin longgar
selepas dia berjaya membuat transformasi diri. Seimbas lalu dia teringat
wajah si dia yang telah memaksanya melakukan perubahan drastik sebegitu.

Jamlus kemudian menghulurkan sepasang baju kurung kepada Kim.

“Hijau zamrud, macam mana akak tahu warna favourite saya ni?” katanya,
dengan senyum lebar.

“Akak selalu tengok Kim pakai baju warna ni,” balas Jamlus lembut.
“Cubalah.”

Kim menanggalkan pakaiannya satu per satu hingga hanya pakaian dalam
yang tertinggal. Jamlus terus memerhatikan. Kurus, tapi masih menarik,
bisiknya.

_Fac _

1 unread message

Klik.

Lestari : Thanks, sebab approved.

Dealova : My pleasure.

Lestari : Cute D dalam profile picture tu. Eh! Boleh saya panggil D?

Dealova : Thanks, no problem. Boleh tengok picture you pulak?

Lestari : Ini account baru. Account lama dah kena hacked. Nanti
bila tiba masanya, saya akan upload picture baru.

Dealova : Hmmm... nak tanya sikit. Mana dapat account FB saya ni?

Lestari : Nama D ada dalam friendlist kawan saya.

Dealova : Ooo...

Lestari : Boleh kita berkawan?

Dealova : Dah accept pun... hahaha... nanti kita pm lagi, ok. Bye.

Lestari : Ok, bye.

2 Notifications

Dia gembira.

Penantiannya selama hampir 2 minggu akhirnya berakhir apabila dia
diterima sebagai rakan FB insan yang kini menjadi idola hatinya. Memang
akaun kedua Facnya ini dicipta khusus untuk si dia dan
insan-insan sepertinya. Dan ini hanyalah permulaan untuk dia mula
mengenali semula dunia indah golongan terpilih seperti dirinya.

Dia memandang cermin. Masih ada harapan untuk diriku, getus hatinya.
Hidup tidak selalunya mendung. Adakalanya hujan perlu turun untuk
membenarkan pelangi muncul. Begitu indah aturan ciptaan Tuhan. Semuanya
dalam keseimbangan, bisiknya lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience