_Fac _
Lestari : Salam
Lestari : Saya nak buat satu pengakuan.
Lestari : Saya sayangkan awak.
Lestari : Saya rasa tak boleh hidup tanpa awak.
Lestari : Awaklah orang pertama yang dapat menerima saya seadanya.
Lestari : Saya betul-betul sayangkan awak.
Lestari : Maafkan saya sekali lagi.
Klik.
Dia resah.
Bimbang jika D menolak cintanya. Bimbang jika D memutuskan hubungan
dengannya. Dia sudah tidak boleh lagi menyimpan perasaan sayang yang
semakin hari, semakin menebal. Semakin disimpan, semakin parah
perasaannya. Kali pertama bertentang mata dengan D, timbul semacam rasa
ingin memiliki dalam dirinya. Bukankah manusia itu diciptakan
berpasang-pasangan?
Dia memandang cermin. Dia sedar akan dirinya. Ibarat langit dengan bumi.
Tapi bukankah langit dan bumi juga saling memerlukan? Dari langit
turunnya hujan yang menghidupkan bumi, dan air dari bumi menciptakan
awan mendung di langit yang melengkapkan kitaran kehidupan. Tidak ada
satu pun ciptaan Tuhan yang sia-sia. Bahkan setiap satunya saling
melengkapkan di antara satu sama lain. Cuma manusia yang buta mata hati
untuk memahami.
"Pernahkah kau bermimpi, seketika..." bisiknya perlahan.
_Fac_
Mister CSI : Salam, Kak Jan. Akak sihat? Nak minta tolong sikit. Boleh
akak bagi nombor handphone Kim?
Jamlus Jalil : Waalaikumussalam. Sihat, Alhamdulillah. 012 –7130992.
Macam mana? Ok?
Mister CSI : Comel... Macam teletabis hijau...
Mereka hanya berhubung melalui telefon dan media sosial. Bertukar-tukar
foto dan pendapat dalam pelbagai isu semasa. Kim masih belum berani
bertentang mata dengan lelaki yang berpotensi menjadi bakal suaminya
itu. Dia mulai mengenali lelaki itu sedikit demi sedikit. Tak banyak,
sebab dia hanya akan menceritakan perihal dirinya dengan lebih lanjut
bila mereka sudah bersua muka. Dari perasaan ingin tahu, bertukar
menjadi perasaan suka. Dan dari perasaan suka, berputik rasa... “cinta?
Adakah aku dilamun... ?” bisik hatinya, seakan-akan tidak percaya.
Selain Jamlus , timbul pengharapan dalam hatinya agar lelaki itulah yang
seterusnya akan menjadi tali penyambung untuk dia kembali ke jalan yang
diredhai.
Share this novel