BAB 6

Romance Completed 3443

“Hah, yelah tu. Entah-entah kau yang kahwin dulu daripada aku.Boyfriend bukan tak ada tapi kau yang tak nak.”

Dia menjongket bahu.“Istilah couple memang tak pernah wujud dalam kamus hidup aku sebab aku tak suka sesuatu yang tak pasti.Kau yakin ke orang yang kau couple tu jadi suami kau nanti?”

“Memang la tak yakin.”

“That’s it. Biarlah orang nak kata aku kolot ke manusia zaman batu ke tapi hati aku ni biarlah jadi milik suami aku secara total. Tak pernah terbahagia dua atau tiga.Empat atau lima apatah lagi.”

Saadiah memandang Deena.“Kalau suami kau tu banyak ex?”

“Apa aku boleh buat ialah berdoa supaya ALLAH berikan jodoh yang terbaik untuk aku. Lagipun kan jodoh itu cerminan diri kita. ALLAH juga pernah berjanji bahawa…”

“Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitulah jika sebaliknya,” sambung Saadiah.

“Betul tu.Dahlah.Seram ah cakap pasal kahwin ni.” Kunci bilik ditarik keluar daripada kocek baju kurung dan dicucuk ke tombol pintu. “Yang tu aku serahkan pada yang kat atas tu.Umur baru dua puluh tiga kut. Aku nak enjoy puas-puas dulu.”

“Kau nak kahwin nanti nak ikut pilihan sendiri atau keluarga?”

Hish, minah ni. “Dahlah tu, Cik Leha oi.”

“Answer me first.” Saadiah dah buat gaya psiko.

Deena geleng kepala. Tahu sangat gaya itu. “Pilihan sendirilah.Aku yang nak hidup dengan dia kut.Tapi dah tentulah dengan restu seluruh ahli keluarga aku.”

See, dia ni kena pandai tacle. “Kadang-kadang kan aku rasa kau ni gamophobia tau.” Saadiah duduk atas katil sambil tangan membuka pin tudung.

Tudung dikepala ditarik turun dan disangkut pada penyangkut. “Gamophobia tu apa?”

“Gamophobia tu takut nak kahwin.”

“Mana pulak aku takut nak kahwin.Aku hanya fikir yang kahwin tu sebagai satu tanggungjawab yang amat besar.Perlu sedia mental dan fizikal untuk jalani kehidupan dalam perkahwinan tu nanti.”Punggung dilabuhkan ke katil.Dengan masih berbaju kurung dia menarik sila.“Kalau aku kahwin, aku nak jadi isteri yang terbaik untuk suami aku.Kalau aku jadi ibu aku nak jadi ibu terbaik untuk anak-anak aku.Ianya bukan satu kerja yang mudah. Banyak benda kena fikir, kena prepare. Ilmu perkahwinan ni bukan boleh kita belajar dari buku saja. Macam kita belajar inilah, ada ilmu teori dan ada jugak ilmu praktikal yang mana kita tahu kedua-duanya ada jurang perbezaan yang amat besar.”

“Now look who’s speaking.”Saadiah sengih.“Kau ni banyak sangat fikirlah, Deena. Kata seram bila fikir bab kahwin, tapi kau yang fikir terlebih.”

Deena gelak.“Sebab fikirlah aku rasa seram.Ingat mudah ke nak jadi isteri orang.Pada orang yang kita tak kenal baik buruknya.

“Jodoh pertemuan, rezeki, ajal dan maut tu dah ditentukan ALLAH. Manalah tahu kan. Esok lusa aku dapat kad jemputan kau. Hah! Masa tu memang aku seligi kepala kau.”

Deena menjulingkan mata.“Aku harap kata-kata kau tu tak makbul.”Handphone diambil dari dalam laci meja.Mendail nombor mama.Nak beritahu yang mama dan abah dah boleh datang jemput dia dari asrama.

Suapannya terhenti.Berita itu menyebabkan dirinya terasa bagai baru lepas kena hempas dengan ombak tsunami. Datang secara tiba-tiba dan tentunya mengecaikan apa saja yang berada dilaluannya. Wajah along dan angah dipandang silih berganti sebelum anak mata memandang mama dan abah. Aku tak salah dengar kan? Telinga aku rasanya masih dalam keadaan yang baik.

“Eh, angah tak beritahu Deena lagi ke?” Mama pandang angah yang dah berubah riak muka. “Angah?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience