BAB 9

Romance Completed 3443

Menyindir nampak bakal isteri aku ni. “Jadi apa lagi yang awak nak tahu tentang saya? Awak boleh tanya.”

Inilah yang dia tunggu-tunggu sejak tadi.“Kenapa saya?”

Keningnya bercantum.“Maksud?”

“Kenapa pinang saya dan bukan orang lain? Kenal saya pun tak alih-alih pinang saya tu kenapa? Peliklah awak ni. Tak pernah saya jumpa lelaki macam awak.Full of surprises.”

“Awak kan tak ada sesiapa yang punya, jadi apa salahnya saya pinang awak?saya pun tak pernah jumpa perempuan macam awak. Sebab itulah bila dah jumpa saya tak nak lepaskan.”

Aku laa…

“Dengar sini Mister.Ini bukan hal main-main tau.Ini soal kahwin. Bukan sehari dua tau kahwin ni? It is for years dan saya tak nak kahwin dengan orang yang saya tak suka.”

“Awak tak suka saya? Kenapa?” tanya Ren menguji.

Terkedu Deena seketika.“Se…sebab saya tak sukalah.”

Ren diam sekejap. “Jadi, awak nak putuskan pertunangan ni?”

“Awak tak nak putuskan?”

Geleng.“Awak pilihan saya.”

“Bukan ke awak juga dipaksa?”

“Siapa kata?Awak pilihan saya.Tak ada siapa paksa saya.Saya yang minta ibu dan ayah datang pinang awak bagi pihak saya.”

What?Aku rasa nak pitam.Tak ada siapa paksa dia?Dia buat keputusan dengan rela? Biar benar! Apa maksudnya ni? Rasa cemas mula datang. Peluh dingin mula menyelinap keluar daripada liang roma. Takkanlah dendam sebab hilangkan partial thesis dulu masih tak terbalas kut. Tak cukup lagi ke ‘tawan’ aku selama lima jam tu sampai sekarang nak ‘tawan’ aku jadi isteri dia pulak.

“Awak nampak panik.”

“Gila tak panik?Ya ALLAH!” Dia memegang kepala. Tekanan…tekanan. “Macam mana boleh sampai jadi macam ni? Saya dengan awak?Sungguh tak ada siapa paksa awak?”Aku gabra sampai ayat pun dah jadi lintang-pukang.

Ren mengukir senyum dan mengangguk.“Saya bukan lelaki yang romantik nak bermanis kata, Deena.”Nafas ditarik.“Masa di universiti dulu tu saya tak tahu pun yang awak ni adik, Darius.Saya kenal awak hanya melalui cerita-cerita Darius.Serius saya tak tahu itu awak.Firstsaya tahu bila Darius tunjuk gambar keluarga awak semasa hari konvokasinya di Indonesia dulu.Saya cam muka awak tapi langsung tak sebut yang saya kenal awak pada Darius.Yelah takkan saya nak beritahu yang saya pernah ‘tahan’ adik dia lima jam semata-mata nak suruh siapkan kerja saya kut.”

Deena melongo.

“Lepas tu bila datang rumah awak masa raya tahun lepas. Yang masa awak terus blahselepas tengok saya tu.” Ren mengimbas kembali kenangan lepas.“Saya tahu awak ingat siapa saya dan masa tu Darius dah tahu yang saya kenal awak.I told him that I knew you and I…I like you. Cuma saya tak tahu sama ada awak perasan atau tidak dan awak masih ingat pada saya atau tidak. Tapi bila reaksi awak macam tu, saya tahu awak ingat pada saya.”

Angahhhhh!!! Oh Tuhan betul ke apa yang aku dengar ni?

“Darius tanya saya sama ada nak teruskan atau tunggu.” Leher dielus. Muka dah panas macam kena simbah minyak cap kapak dah ni. “Saya kata tunggu.Tak nak kacau awak punya study.Lagipun saya sendiri belum stabil dari segi fizikal dan mental.Berita perkembangan awak saya hanya tahu daripada keluarga awak je. Masa minggu study awak, saya datang rumah ni, jumpa your family dan berterus-terang saya nak pinang awak sebagai suri hidup saya.”

Kelu lidah Deena nak menyampuk.Pertama kali ada lelaki yang buat dia kelu begini.Jari tangan yang sejuk digenggam menjadi satu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience