BAB 10

Romance Completed 3443

“Saya tak tahu tentang orang lain, tapi bagi saya love only lead to one destination. Marriage.Saya tak main-main dan saya serius.Walaupun lambat tapi saya ambil masa tu sebagai satu tempoh untuk saya mempersiapkan diri sebagai suami awak.Yeah, sound corny tapi memang saya tak main-main. Saya serius.”

Bibir diketap.Berdebar rasa jantung.“Saya baru dua puluh tiga tahun.Terlalu muda nak galas tanggungjawab sebagai seorang isteri. Saya selalu terfikir kalau saya jadi isteri pada usia semuda ini mampu ke saya nak jadi isteri yang baik. Apabila ditakdirkan ALLAH saya ada anak-anak kelak mampu ke saya nak jadi ibu yang baik.I am afraid. Awak macam dah bersedia tapi saya…masih tak yakin.”

Ren mengangguk.Walaupun terasa macam ada sinar harapan diawalnya tapi ayat terakhir Deena itu menyebabkan dia rasa tergugat.Pada saat ini keyakinannya terhadap tali pertunangan yang baru sebulan diikat itu goyah.

Dia cuba tersenyum.Tapi terasa tawar dan hambar. “Saya tak mahu paksa awak dalam hal ni. It takes two to tango anyway.”

Hati Deena tercuit.Ada getar pasrah di dalam nada suara itu.

“So, we have come to and end?”Ren bertanya.Dada dah rasa berbuku untuk terus berada di situ. Tak pernah kut rasa kena reject. Mungkin inilah rasanya. Seksa oi!

Deena diam tak menjawab.

“I… should take a leave now. Apa pun keputusan awak…saya terima.”Dia bangun.Cuba berlagak tenang.Namun, di dalam hati hanya TUHAN saja yang tahu.

Dari hujung mata dia nampak lelaki itu mula melangkah pergi. Satu langkah…dua langkah…tiga langkah..

“Awak…” panggilnya.

Langkahnya terhenti.Apa pun jawapan gadis itu dia akan terima. Walaupun rasa pedih itu dah sedia ada.

Remote controller di atas meja kopi dicapai.Satu persatu saluran dikaca televisyen ditukar. Tiada apa yang menarik untuk ditonton lalu televisyen itu terus dimatikan. Kepalanya terdongak memandang siling rumah sewa.Berputar ligat sebagaimana ligatnya kipas siling yang berputar.

Telefon bimbit yang berbunyi di atas meja kopi dicapai.

“Pergi minum yuk. Aku kat bawah ni.”

Kepala sempat menggeleng. Gaya lelaki itu tak pernah berubah. Kalau mengajak ke mana-mana memang gaya ninja. Tiba-tiba dan bersahaja. Dia berlalu ke bilik untuk menukar baju dan mengambil dompet. Lampu rumah dimatikan sambil menarik daun pintu.

Sampai di bawah, dia terus menuju ke kereta Toyota yang diparkir di bawah pokok. Seperti selalu. “Nak ke mana ni?”

Gear dimasukkan. “Mana-manalah.”

Sepanjang perjalanan itu masing-masing mendiamkan diri. Dia mengagak tentulah kedatangan lelaki itu secara tiba-tiba membawa satu berita penting. Mungkin saja berita itu adalah berita yang dia tak mahu dengar.

“Teh tarik dua. Air suam satu.” Darius membuat pesanan. Wajah di depannya itu dipandang. Dah macam Hugh Jackman dalam Wolverine pun ada. Berjambang dah. Seorang lagi kat rumah tu pula dah macam orang kena hipnosis. Berjalan pun tak jejak tanah.

“Apa khabar?”

Ren senyum senget. “Macam inilah.”

Sampai macam ni sekali penangan adik aku tu ya, Khair? “Apa jadi ni?” Tujuan dia datang mengajak lelaki itu adalah untuk mencungkil rahsia. Sejak dua hari lepas kedua-duanya diam tak berbunyi.

“Apa yang jadi?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience