BAB 2

Romance Completed 3443

Matanya dibuka.Wajah Sophian dipandang.“Sid… a favor?”

Kening Sophian terjungket.Talhah dan Mizan saling berpandangan.

“Kau kenal budak tu?”

Matanya terkelip-kelip.Kepalanya pula terangguk-angguk. “Gitu…” Sepatah itu saja yang keluar daripada bibirnya apabila dia bertanya kepada Saadiah bagaimana gadis itu mengenali senior tadi.

“Kau patutnya mintak maaf lepas tu blah.Yang kau pergi tambah lagi minyak tu kenapa?”Aduhai sahabat.Kau memang dah tempah bala. “Aku tengok muka Abang Ren tadi berubah habis. Nak mengamuk pun ada. Tak pernah aku tengok muka dia macam tu. Selalu tu coolje.Hish, seramlah aku!”

Anak rambut yang terjuntai dibawa ke belakang telinga. “Jangan salahkan aku pulak tak mintak maaf eh. Dah dia tu sembur aku siapa suruh?”Matanya menjuling ke siling. Memang mulut tak ada insurans agaknya mamattu. “Lagipun takkanlah dia nak mengamuk tengah-tengah orang kut.Fail logic la tu.” Buku Bioprocess Engineering dibawa ke depan mata. Mencari muka surat yang sudah ditanda sewaktu di kelas siang tadi. Hari ini belajar fermentation. Hah..ini dia!

“Setakat charger tercabut je dah nak hangin,” cebiknya kemudian.“PMS!”

Saadiah ketawa.“PMS?” Sungguhlah kawan aku ni. Tak nampak ke trang tang tang Ren tu lelaki, mustahillah kalau ada PMS.“Weh, manalah tahu masa tu dia tengah buat kerja penting ke. Tak save lagi. Datang kau pulak pergi cabut charger dia. Lagipun aku tak rasa masa tu dia pakai bateri.”

“Correction.Aku bukan sengaja cabut.Tapi kaki aku tersadung wayar charger tu and then tercabut.Ada bawa akta ‘ter’.Kesimpulannya, aku tak sengaja.” Betul apa. Aku bukan saja-saja atau suka-suka main cabut charger orang.Lagipun dia yakin takkan bertemu lagi dengan lelaki itu.Dia mengembalikan fokus ke dada buku.

Fermentation is penapaian dalam Bahasa Melayunya. Maka, Solid State Fermentationialah Penapaian Berkeadaan Pepejal. Eh? Pelik benar bunyinya.Apa makanan yang diproses menggunakan kaedah penapaian jenis ni ya?

Wajah selamba teman sebiliknya itu dipandang.Dia yang dah duduk di birai katil melunjur kaki.Nota untuk subjek Chemical Reaction Engineering II ditarik rapat ke riba.Namun, fokusnya beralih apabila tiba-tiba saja handphone berbunyi nyaring dari tepi bantal.

Nombor asing yang terpamer itu dilihat bersama kerutan di dahi. Jam di dinding bilik dipandang sekilas. Siapa pulak yang call dah nak ke tengah malam ni? Walau hati berasa sangsi tetapi panggilan itu dijawab juga.

“Saadiah eh?”Suara itu menyoal setelah salamnya dijawab.

“Ye.Siapa ni?”

Terkumat-kamit mulutnya menyumpah orang yang duduk menghadap komputer riba di depannya itu. Sejak tadi lelaki itu sesekali akan memandangnya bagai nak tembus. Laju jemarinya menaip aksara yang disalin bulat-bulat daripada buku rujukan yang telah ditanda dengan pen pencerah ke dalam komputer. Awal-awal lagi ‘pemerintah kuku besi’ di depannya ini dah pesan supaya ubah struktur ayat sebelum ditaip ke dalam komputer dan selepas tu kena buat citation di penghujung ayat yang dijadikan rujukan, tapi apa dia kisah? Bukan kerja aku!

Dia tahu lelaki itu sengaja membalas dendam.Kalau tidak takkanlah dia sekarang ini berada dikafeteria asrama dengan lelaki itu didepannya. Huh, dasar Adolf Hitler jadian! Dah nak dekat pukul tiga pagi dah ni oi!

Untuk menunjukkan tanda protes sengaja jarinya menghentak keras keyboard komputer riba. Biar orang di depannya itu tahu yang sekarang ni dah hampir nak Subuh! Kalau masih tak reti bahasa juga tak tahulah.

“Bukan tanggungjawab saya kalau keyboard lappy awak rosak.”Datar saja suara itu bergetar tanpa mengangkat muka daripada skrin komputer.Matanya sempat memandang ke bahagian bawah kanan komputer riba. Patutlah mata dah terasa perit dan minah kat depan ni pun dah tunjuk muka macam agar-agar basi. Tapi siapa suruh cari pasal dengan aku dulu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience