BAB 5

Romance Completed 3443

Angguk.“Right.Lepas habis sekolah langsung tak jumpa dah. Abang-abang semua kanlegend. Semua dapat fly oversea kut. Angah je sangkut fly ke Indonesia je.”

“Weh, jangan nak condemn angah.” Selamba saja Darius menolak bahu adiknya dengan kepala lutut.

“Hah, tengok tu. Doktor tak berhemah! Ada ke tolak guna kepala lutut?” balas Deena pula lalu mengundang tawa rakan-rakan abangnya yang lain.

Darius buat muka bosan. “Yang sorang lagi ni Deena tak kenal kut. Ini kawan angah masa main bola dulu,” ujar Darius memberitahu kepada adiknya. “Deena, ni Abang Khair.”

Mata Deena dan mata lelaki berbaju Melayu berwarna hitam dan berseluar jeans itu bertemu.Lama pandangan mereka bertaut. Mata tu…

“Eh, jemputlah minum.Deena lupa pulak Deena belum solat Asar.”

Darius melihat Deena bangun dan menuju ke tangga ke tingkat atas.E-Dir, Muaz dan Acai saling berpandangan.

“Kan aku dah kata dia kenal punya,” ujarnya dengan senyuman senget.

Darius ikut sengih.“Jadi sekarang macam mana? Nak teruskan ke nak hold?”

Hooray!

Berakhir dah kertas terakhir untuk semester akhir di tahun akhir ni. Rasa nak balik ke asrama sambil lari-lari anak pun ada.

“Lajunya jalan.Tunggulah aku.”Saadiah menegur dari belakang.Cuba menyaingi langkah si teman yang nampak sudah tidak sabar untuk pulang ke asrama itu.“Macam mana paper tadi?”

“Aku dah tak kisah paper tadi. Aku dah ingat nak balik rumah je ni.” Deena sengih. Memang selalunya kertas terakhir akan dijadikan ‘anak tiri’ tak studyberia sangat macam kertas awal.

Saadiah mencebik mulut.“Tak kisah…tak kisah. Nanti keluar results gempak jugak.”

“Aaaminnn, InsyaALLAH.” Dia ketawa.“Kau bila balik rumah?”

“Esok pagi kut.Aku masih belum habis kemas barang. Mahu membebel mak dengan ayah aku kalau tengok barang-barang aku dah dah beranak-pinak tu. Yang boleh aku wakaf untuk adik-adik aku tinggalkan aje kat sini.”

Memang selalunya macam itu pun.Lebih-lebih lagi kalau pelajar perempuan. Datang awal sem ibu bapa datang hantar pakai kereta, akhir sem pula kena jemput pakai lori treller. Tak tahulah macam mana barang tu boleh reproduce dengan aktif tanpa sedar.

“Lepas ni tak dapatlah kita jumpa lagi,” luah Saadiah.Ada nada sayu di dalam suaranya.

“Masa konvo nanti kita jumpalah.Skype ada, Fac ada, WhatsApp ada. Macam tak boleh nak keep in touch. Nak hantar surat macam era dollu dollu pun boleh.”

Saadiah ketawa.“Betul jugak. Tapi aku akan rindu kat kaulah. Bukan senang nak jumpa kawan yang ‘gila’ macam kau ni. One in a million.”

“I’ll take that as a compliment.”

Bahu temannya itu ditolak dengan tangan.Sungguh, empat tahun mengenali gadis itu membuatkan hubungan mereka akrab.Deena seorang gadis yang baik, lucu dan begitu spontan. Sesekali kalau mereka cuti semester dan gadis itu mengajak, dia akan duduk di rumah gadis itu. Mama dan abah gadis itu amat baik. Dua orang abang gadis itu telah pun bekerja maka memang jaranglah dia jumpa.

“Nanti kalau tunang ke…kahwin ke…jangan lupa jemput aku tau.Kalau tidak aku merajuk tak nak bercakap dengan kau nanti.”

Agaknya memang itu soalan tipikal lepas habis belajar eh?“Nak tunang apanya, boyfriend pun tak ada.Aku rasalah aku mesti kahwin lambat kut.”Deena dan Saadiah memanjat anak tangga menuju ke bilik mereka berdua. Ada sebahagian pelajar yang dah kembali ke rumah jadi blok asrama agak sunyi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience