BAB 11

Romance Completed 3443

“Come on. Kau tahu apa maksud aku kan?” Jarum mula dicucuk. Tak dapat tidak aku nak tahu jugak. Along pun dah mati kutu mencungkil cerita daripada Deena.

“Aku rasa peluang aku nak jadi adik ipar kau tak kesampaianlah, Yus.” Dada rasa berbuku.

Mujur dia tak minum air, kalau minum mahu tersembur agaknya. “Apahal sampai ke situ? Deena dah bagi kata putus ke?”

Geleng. “Tapi aku dapat rasa.”

Haih…masalah betul. “Deena cakap apa masa tu?”

“Bagi dia masa.” Dia menjawab ringkas.

Oh, itu sebablah berjalan pun macam atas angin tu? Deena…Deena. Seksa orang kau buat dik. Seksa diri sendiri jugak. “Khair, macam nilah. Kau sabar dulu okey. Jangan fikir yang bukan-bukan. Kau masih ada peluang. Aku kenal adik aku tu. Bila dia kata bagi dia masa itu maknanya dia sedang berfikir. Jangan cepat mengalah dengan adik aku tu.”

“Aku tak mengalah, bro. Tapi aku kalah bila dalam keadaan tak pasti ni.”

Wajah temannya itu dipandang. Kau betul sayangkan adik aku kan, bro?

“How’s she?” soal Ren.

“Selalu termenung. Macam tak sedar apa dia buat.”

Ren senyum tawar. “Affect her much?”

“Nampaknya begitulah. In fact kau orang berdua ni saling memberi impak. Seorang dah rupa pengemis tepi jalan, seorang lagi dah macam orang hilang anak.” Darius menggeleng kepala. “Orang lain pun ada krisis hati dan perasaan tapi tak adalah macam korang. Sabar je la aku yang jadi pemerhati ni.”

Apabila pelayan sampai dengan pesanan, Ren hanya membiarkan matanya terpaku pada cawan yang berasap nipis itu. I really hope she say yes.

“Sampai bila kau nak macam ni?”

Nafas ditarik. Dalam. “Sampai dia beri keputusan.”

Muka monyok Deena ditatap. Dia ikut monyok apabila melihat riak wajah itu jadi begitu. Macam berjangkit pula.

“Dah empat hari. Still tak ada jawapan?”

“Saadiah, kau datang sini boleh?” Soalan lain pula yang ditanya.

Sekeping pizza di dalam pinggan masih juga tak berusik. Saadiah yang melihat dah naik risau. Selalunya Deena begitu pantang jumpa pizza. Deena dah macam bertukar menjadi orang lain. Dia tahu sebab apa gadis itu jadi begitu. Semuanya kerana menjadi senior mereka yang bernama Khairin Najwan yang menjadikan gadis itu tunangnya secara tiba-tiba. Huru-hara jadinya.

“Beb, jangan buat muka macam tu boleh tak? Aku jauh-jauh datang dari Perak ni semata-mata nak ceriakan kau tau.”

Deena cuba tersenyum tapi tawar saja rasanya. Sungguh, sejak Mister Tunang tu confess, dia macam berada di dalam satu dimensi lain. Setiap saat dia sedar hanya wajah dan kata-kata lelaki itu yang dia ingat. Aku tersampuk hantu angau ke apa ni?

“Deena, kalau kau buat muka macam tu lagi aku pergi beli tiket balik Taiping sekang ni jugak.” Saadiah mula mengugut.

“Weh, sampai ke hati nak tinggalkan aku? Aku tengah dalam dilema ni.”

“Haih…hebat betul penangan Abang Ren tu ya. Kau kan buat istikharah. Jadi apa jawapannya? Masih jugak lost?”

Berderau terasa darah. Bukan sebab tak ada jawapan tapi jawapannya terlalu jelas. Itu yang buat dia takut. Macam mana dia nak beritahu ahli keluarga juga lelaki itu yang dia sebenarnya…

“Eh, itu Abang Ren kan?” kata-kata Saadiah itu menyebabkan dia berpaling ke belakang. Nah ini dia. Baru saja sebut nama dah muncul tapi…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience