BAB 4

Romance Completed 3443

Deena menjulingkan mata.“None of your business, Mister.Dah ke belum?”

Ren geleng kepala di dalam hati. Tak pernah aku jumpa perempuan macam dia ni. Tak reti hormat senior betul.Bahasa main redah je.“Hmm…you may go.”

Tanpa membalas sepatah pun Deena segera menutup skrin komputer riba dan berlalu pergi. Tak kuasa aku tunggu lama-lama. Karang dibuatnya dia announcenama aku macam aku baru lepas buat jenayah berat haru je kena stay dengan dia sampai pukul lapan pagi.

Tak pernah aku jumpa lelaki macam dia. Sadis!

“Apa ni, angah?Deena baru nak duduk tau.Kawan sendiri datang pergilah buat air sendiri.”Deena dah buat muka.Sejak daripada pagi tadi dia tidak henti menolong mama didapur menyiapkan juadah untuk majlis rumah terbuka mereka sekeluarga. Selepas Asar ni baru dia dapat meluruskan pinggang di atas katil.

Darius menarik tangan adiknya yang masih berbaring malas di atas katil.“Alaaa, Deena tolonglah angah sekejap.Lepas buat air naiklah atas balik. Kawan angah dah ada kat bawah tu.”

“Air berkarbonat kan ada. Ambil je ais dari peti tu.”

“Tengah hujan ni. Nak minum ais apanya?”Tangan adiknya itu ditarik.“Bangun ah.Bancuh air panas.Teh ke…Nescafe ke…Milo ke… janji air panas.”

“Hish!”Deena bangun juga.“Berapa orang?”

Darius sengih.“Lima orang termasuk angah.Cepat sikit eh.Nanti angah tambah duit raya.”

Dengar saja duit matanya terus buntang.“Janji?”

“Yeee….” Meleweh saja Darius membalas.“Cepat. Pakai tudung tu. Angah tunggu kat bawah.”

Sambil turun dia dengar suasana riuh dari ruang tamu.Angah dan kawan-kawannya sedang galak bercerita.Dia terus melangkah ke dapur. Ke mana entah perginya mama dan abah ni? Dia mencapai sebiji teko dan diletak serbuk Nescafe 3 in 1 Regular dua paket.

Kerja aku senang je.Tidak sampai dua minit Nescafe panas sudah pun siap. Lima biji cawan disusun bersama teko ke dalam dulang dan dibawanya ke depan.

“Hi, gorgeous!” Si teman angah berbaju Melayu merah hati menyapa dengan sengihan lebar.

“Hello, beauty.”Seorang lagi teman si abang berbaju Melayu putih gading dan berseluar jeans pula menegur.

“Assalamualaikum, cinta.”Lelaki berbaju Melayu berwarna biru tua pula menjual minyak.Hanya seorang lagi teman si abang yang diam tak berbunyi.

Deena dah melopong.Siapakah? Wajah si angah dicari dengan muka penuh tanda tanya.

“Tak kenal ke kawan angah ni? Cuba tengok betul-betul.”

Si baju Melayu merah hati itu dipandang. Macam kenal..“Ya ALLAH, Abang E-Dir?Dah macam bapa orang!”Deena ketawa dan disambut gelak besar dari lelaki itu.

“Tu siapa?” tanya si angah lagi. Merujuk kepada temannya yang berbaju putih gading.

Wajah pemuda itu ditatap.Dahinya berkerut. Ye ke ni? “Abang Acai?”

“Nasib baik kenal.Abang dah nak merajuk dah ni kalau tak ingat pada senior paling handsome kat sekolah dulu.”Bersahaja lelaki itu berkata.

“Gila tak ingat?”Deena ketawa.Matanya terus kepada kawan angah yang ketiga.“Abang Muaz kan?”

“Right, Miss Deena.”Lelaki berbaju biru tua itu sengih sehingga menampakkan giginya yang sedikit bertaring. “Dah lama tak jumpa kan?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience