BAB 8

Romance Completed 3443

“Eh, kita baru tunangkan dia, dia dah fikir kahwin,” usik Darius.

Deena dah gaya nak terkam di angah sebelum dihalang oleh Dzulkarnain. Adik aku ni la…. Malu tapi mahu ke apa ni? Muka pun merah habis dah tu.

Dzulkarnain buat isyarat mata kepada Darius.‘She’s okay with it’. Darius pula angguk dan mengulum senyum.

“Kalau Deena ragu-ragu dengan penilaian along, angah dan abah then kita boleh suruh dia datang rumah dan Deena nilai sendiri.Get to know him.Talk to him heart to heart. Beri dia peluang untuk jelaskan.Lepas tu beritahu kami macam mana, okey.Give him a chance.Don’t rush dalam buat keputusan or else Deena akan menyesal nanti.” Darius menyakinkan adiknya.

Dzulkarnain mengangguk.“He is a nice guy.”

Dia tak nak dengar pujian tu. “Whatever decision I make after that is up to me okay. I can’t force myselfdengan pertunangan ni.”

“Setuju.”

“Okey.”

Dia ditinggalkan bersama lelaki itu di dalam ruang bacaan keluarga.Berdua sahaja. Okey, sekarang apa aku nak cakap dengan dia ni? Otak mula berputar ligat mencari ayat.Sementara itu hujung matanya sempat meneliti penampilan lelaki itu.

Rambut kemas.One mark.

Fair skin but not really fair.Tanned kut.One mark.

Tinggi dia…ermm pass. One mark.

Muka…not bad.One mark.

“Dah puas dah scan saya?” Lelaki itu duduk di sofa tunggal di depannya.

Tapi mulut dia tu… “Rasanya awak tahu kut kenapa abah, along dan angah suruh awak datang sini. Kan?”

Angguk.

“So,saya nak called off the engagement. Saya tak nak jadi tunang awak.”Siapa nak jadi tunang lelaki macam dia?Cukuplah azab sehari tolong dia siapkan partial thesis dia dulu.Sampai sekarang kalau diingat balik ada kut rasa nak baling meja.Sebab dia kuiz aku dapat kosong. Pertama kali dalam sejarah hidup kut!

Ren jongket kening. “As far as I am concern, bukan itu tujuan perbincangan ni kan? Abah awak, along awak dan angah awak suruh kita ambil kesempatan ni untuk kenal sesama kita.Berbincang.Am I right or am I right?”

Dah mulalah tu. “Tak faham aku lelaki macam dia ni,” omel Deena perlahan tapi masih mampu didengar oleh Ren.

“Saya datang sini bukan nak bergaduh dengan awaklah Cik Tunang.”

“Yeeww…jangan sebut perkataan tu boleh tak?Geli telinga saya.”Deena dah geli-geleman.

Ren senyum senget.“Okey. Kita nak mula conversationkita ni daripada mana? Or should I introduce my self first?”

Deena menjulingkan mata.Dagu disangga dengan tangan kanan yang ditongkat pada bahu kerusi.“Whatever.”

“Well, my name is Khairin Najwan bin Khalid. Ren or Khair for short.Ada kerja tetap dan ada kenderaan sendiri.In the middle of beli beli rumah and now here I am berdepan dengan tunang saya. The end.”

Ek?Itu aje?Tak nak ke beritahu makanan kegemaran, minuman kesukaan, tema perkahwinan nanti…woooo backspace disitu.

“Awak pulak?”

“Adreena Atiyah binti Mohd.Mokhtar.Deena for short.Tak kerja.Tak ada kenderaan sendiri.In the middle of tanam anggur alias menganggur and now here I am berdepan dengan…” Lidah rasa tergeliat nak sebut perkataan tu. “You know. The end.” Ah, lantaklah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience