BAB 13

Romance Completed 3443

Deena semakin tak faham. Dia menoleh kepada Saadiah yang sejak duduk tadi dia begitu tekun makan pizza.

“Deena, Kak Syu ni kakak susuan saya. Dia tiba Malaysia semalam dengan suami dia. Don’t misjudge me. Abang Johari ada kat sekitar sini.” Ren menerangkan duduk perkara sebenar. Dia tak mahu gadis itu salah faham. Lebih-lebih lagi gadis itu masih belum yakin dengan dirinya secara total. Tapi bila melihat riak itu tadi hatinya menjadi lega. Bukan ke orang kata kalau cemburu tu tanda sayang?

“Saadiah, jom ikut kakak duduk meja lain nak? Kita beri this couple ruang. Kak Syu dengar ada masalah belum diselesaikan.”

“Kak Syu…” Suara itu bergetar amaran.

Darah merah berlumba-lumba menuju ke muka. Aku laaa…

Setelah Syuhadah dan Saadiah duduk selang dua meja daripada mereka dia mula menarik nafas. Tak sedar sejak bila dia menahan oksigen daripada masuk ke paru-paru. Haih…

Ren, come on. Start the conversation. “Apa khabar?” Aduhai mulut…talk about the weather la, Ren.

“Alhamdulillah,” jawabnya pada pinggan kosong. Kekoknya laa bila berdepan dengan Mister Tunang ni. “Apa khabar?”

“Alhamdulillah.” Dah terasa macam apa je ni. Wajah mulus itu dipandang dengan hujung mata.“Deena, maaf sebab buat awak wonder. Kak Syu…”

“It is okay.” Dia memotong cepat. Aku pun nyaris salah faham tadi. Pelik sangat rasanya bila duduk berdua macam ni. Saling berdepan pula tu. Nak sorok muka pun tak tahu macam mana.

“Saya tak tahu pun Saadiah datang sini.”

“Saya yang suruh dia datang. Dia sampai malam semalam.” Lagi apa aku nak cakap ni? “Sejak bila bela beard?” Rasa nak ketuk kepala sendiri dengan garfu.

“Oh…” Kepala ligat mencipta ayat. “Sign of misery…? Jiwa kacau kut”

“Sebab saya tak beri jawapan?”

Angguk. “I am still waiting.”

“Kalau jawapan saya mengecewakan awak?”

“I have to deal with it.”

“Jadi maknanya it is okay for me so say no and called off this engagement?”

“If that what make you happy.”

Diam.

Ren ikut diam. Menanti.

Pinggan yang dah kosong dipandang.Tak tahu nak berterus-terang macam mana.Kalau tak beri jawapan aku jugak yang macam zombie kat rumah tu nanti.Mama, abah, along dan angah pun dah mula buat pakatan bisu tu bila dia asyik buat tak endah setiap kali ditanya.Ya ALLAH ya TUHANKU, jika benarlah ini yang KAU mahu.

“If… I say yes would you shave your beard?”

“Yes.”

Nafas ditarik.Dalam dan panjang. Ayuh Deena!“Then, shave you beard.”

Kepala Ren terangkat. Tidak berkelip memandang wajah Deena yang memerah. Ya TUHAN, sungguh kau makbulkan doaku saban waktu untuk dijadikan dia sebagai jodohku.

Matanya diangkat untuk melihat reaksi orang di depannya yang bisu. Entah apa riak dia agaknya. Dahinya berkerut.

“Nak ke mana?” tanya Deena apabila Ren tiba-tiba bangun dari duduk. Syuhadah dan Saadiah juga dah memandang ke arah mereka.

Senyuman tidak dapat dibendung daripada terukir di wajah. “Surau. Nak buat sujud syukur.”

Serius, aku tak pernah jumpa lelaki macam dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience