BAB 1

Romance Completed 3443

Dia dah memegang kepala dengan mata terbuntang. Badan terasa hangat kerana saat ini cecair merah di dalam badan sedang melalui proses pendidihan.Hati sudah memberi amaran kepada akal supaya jangan bertindak yang tidak-tidak.Sel-sel neuron di dalam otaknya sedang bekerja keras menghantar signalsupaya tangan dan kakinya kekal tenang.Tengah ramai orang kat libraryni kalau nak buat scene pun. Terasa berkerit gigi menahan geram.Topi di atas kepala ditarik rendah sambil bangun.

“Err…” Dia dah tak tahu nak buat apa. Muka hamba ALLAH di hadapannya ini sudah merah padam.Kalah warna kulit buku Environmental Engineering yang dicempung di tangan kanan.

Hujung charger di atas lantai diambil.“Inilah dia kalau berjalan macam library ni bapak dia yang punya.Jalan tak pakai mata.Menyusahkan orang!” sembur suara itu perlahan tetapi tajam.Hujung charger dimasukkan ke dalam charger hole. Sabar Ren… anggaplah perempuan ni kucing yang tak sengaja tersadung langkah.

Dahinya berkerut kepada lelaki yang sudah duduk itu.Ungkapan maaf yang ingin diluahkan tersekat di tengah kerongkong. Kalau dah beginilah cara, mintak maaf pun tak guna. “Excuse me, Mister.”Matanya dipicingkan.“I thought human used legs to move.”Lengannya terasa ditarik saat itu juga.Saadiah di sebelahnya mengerutkan muka dengan gelengan kecil.Tanda dia tidak patut membalas begitu.

Automatik mata Ren kembali merenung wajah itu.“So, why don’t you used your legs and get out from my sight?”

“Whoa…” Satu suara lain mencelah. Sophian dah bangun dari tempat duduknya di depan hamba ALLAH yang memang dah beraura nak bunuh orang itu. Malah Mizan dan Talhah juga ikut tegak badan.Mahu bertindak menjadi anggota penyelamat sekiranya berlaku pertumpahan darah.

Kepala Sophian menggeleng tanda amaran kepada dua orang gadis berbaju kurung itu. Marah si Ren ni bukan boleh dibuat main bila melibatkan hal-hal kerja. Tambahan pula kerja itu dateline ialah esok pagi. Sempat dikerling wajah mencuka si sahabat.Terasa meremang bulu romanya tatkala terpandang renungan membunuh milik Ren.

Run, ladies. Run for your lives!

“Baik kau cepat berambus sebelum aku bunuh kau!” arah suara dingin itu lagi.Datar.

Sophian yang berdiri di tengah antara kedua-duanya dah terasa seram sejuk. Seorang dengan aura cold hearted assassin. Seorang lagi dengan aura dragon slayer.Dia sempat memberi isyarat kepada si gadis berbaju kurung merah jambu yang dah pucat di sebelah gadis berbaju kurung biru laut.Mengarah supaya mereka segera beredar.

Saadiah menarik lengan sahabatnya yang diam kaku dengan pandangan menikam ke wajah merah milik senior yang seorang itu.Adoi…janganlah bergaduh dengan senior sorang ni cik kak oi! “Maaf Abang Sid…Abang Ren..”Ditarik kuat lengan sahabatnya itu supaya bergerak. Mujur berjaya!

Sophian kembali duduk.Talhah menghela nafas lega.Mizan tersandar ke kerusi.Hanya Ren yang diam membisu dengan aura membunuh masih tak surut.Skrin komputer yang baru dihidupkan itu ditenung bagai nak tembus.

Talhah menyiku Sophian di sebelahnya. Matanya berlari ke arah Ren yang wajahnya sedikit terlindung oleh visor cap yang ditarik rendah. Entah apa dia buat di depan komputer riba tu. Hanya tangannya yang bergerak-gerak diselangi bunyi keyboard ditekan.

Darah yang tadi mendidih dah meluap-luap apabila kerjanya yang belum sempat disimpan itu hilang, lesap, ghaib!Back up pun tak ada! Tiga puluh lima muka surat hilang macam tu je?! Arghhhh!!! Ini sungguh aku rasa nak cari budak perempuan tu dan tikam dia bertubi-tubi!

“Ren…” Sophian memanggil.Cuak bila tengok muka Ren dah jadi lebih merah daripada tadi. Cuak bila tengok bibir kawannya itu dah terkumat-kamit menyebut entah apa.

Ren pejam mata.Kedua-dua belah tangan mendarat di sisi komputer riba. Kepala aku dah rasa nak meletup ni! Setengah hari punya kerja hilang macam tu je? Sekarang ni dah nak dekat pukul sepuluh malam! Kalau buat balik sempat ke nak hantar esok sebelum pukul lapan pagi? Ini yang buat aku rasa nak makan orang ni!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience