BAB 5

Romance Completed 1342

“Saya Fareha ” Fareha memusingkan biodatanya itu dibaca oleh Khad. Malas dia mahu berbahasa lagi. Biar lelaki tu membaca terus dari kertas itu.

“Dah letih ke”

“Hmm…”

“Dah jumpa orang yang awak suka?”. Geleng.

“Nanti awak kena list down tau pilihan awak, Macam yang fasilitator tu cakap masa briefing” Khad berbicara jujur.

“Tak kuasa saya nak layan. Tak ada yang saya minat la. Buang masa saya je” Fareha berterus terang.

“Saya pun awak tak suka?”. Fareha mengangguk. Khad tersenyum.

“Kenapa senyum?” Fareha terasa diperlaku sebegitu.

“Saja”

“Awak nak cakap yang saya ni fussy sangat kan?”

“Tak. Saya tak cakap apa pun. Takkan kita nak habiskan sessi ni dengan bertengkar kot!”

“Habis..kenapa senyum?”

“Saya senyum sebab saya pun sama macam awak.Still tak jumpa perempuan yang saya minat pun dari tadi, kecuali..”

“Kecuali apa?”

“Kecuali kalau awak masukkan nama saya dalam list tu. Saya pula masukkan nama awak.Thenselesai masalah kita. Kan...”

“Kenapa saya nak kena buat macam tu pulak?”

“Sebab kalau awak tak ada calon. Awak kena join eventyang akan datang pulak…sampai awak jumpa jodoh..Awak dah bayar kan?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience