BAB 2

Romance Completed 1342

“Ah..segan la pulak rasanya” Terkeluar juga ungkapan itu sebaik Fareha memegang gagang pintu.

“Come on..kau jugak yang selalu merungutkan..Tak ada orang nak la..sumpahan keturunan la.. Nah! Kita dah sampai ke tempat untuk selesaikan masalah kau ni” Bentak Mariam. Meluat juga dia dengan sikap Fareha yang selalu berubah pendirian. Dia menolak daun pintu.

“Kau join sekali kan?”

“Iyaa.Borang pun aku dah isi, yuran pun dah bayar...tapi aku join untuk test market je tau…Cari pengalaman!” Mariam mencebik.

Tangan Fareha ditarik memasuki restoran

“ Datang untuk speed dating kan?” Pelayan berbaju hitam di kaunter depan bertanya. Kedua-duanya hanya tersenyum. Pelayan itu menghalakan ibu jari menunjukkan arah ke kaunter pendaftaran di meja bertentangan. Kelihatan dua petugas ada di situ. Mereka berdua melangkah ke arah yang ditunjukkan.

“Dah faham senario yang akan berlaku masa event nanti” Tanya perempuan bertudung di meja pendaftaran.

“Ada baca dalam web, tapi masih tak berapa faham” Jawab Mariam.

“Senang jer sebenarnya. Sekejap lagi kitaorang akan bagi briefing. Cuma cik kena ingat, Setiap orang ada masa dua minit untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat dari pihak lelaki. Dengar bunyi loceng jer kena tukar tempat duduk.” Pesannya lagi. Mereka mengangguk faham. Sambil menunggu, mereka berlegar-legar sekitar restoran.

Fareha dan Mariam mengambil jus oren yang disediakan. Tekak yang kering perlu dibasahkan juga. Selesa sikit untuk mereka berbual nanti. Mata Fareha meliar memerhati calon yang datang. Rata-rata nampaknya dari kaum ibu. Hampir 70 peratus. Yang lelaki hanya beberapa orang sahaja. Malu agaknya!.

Mungkin betul kata orang. Orang perempuan sekarang lebih ramai dari orang lelaki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience