BAB 11

Romance Completed 1342

“Terima kasih sebab faham. Saya tak memaksa”

“Berapa ramai yang awak dah try?”

“Tak ada. Saya tanya awak sorang jer” Fareha mencebik. Dia yakin lelaki itu berbohong.

“Sebab apa saya?. Sebab saya yang paling mudah ke?”

“sebab hati saya yakin awak sahaja yang boleh tolong saya”

“Ni kes nak anak la ni. Isteri tak boleh nak beranak. Macam tu!.. Dah pergi jumpa doktor ke?” Tekaan Fareha semakin kasar, Dia dapat merasa Khad cuba mengumpan perasaannya.

“ Sebenarnya…” Tulisan panjang dari Khad belum sempat dihabiskan. Fareha terus menyambung.

“Saya dah faham sangat perangai lelaki macam awak ni. Ego. Tak cukup dengan yang satu.... Sepatutnya saya dah buat report dekat pengajur speed dating tu, biar dia haramkan awak dari join sampai bila-bila. Nanti saya akan viralkan muka awak di media sosial dan cerita semua hal awak...... Saya akan buat kalau awak still macam ni lagi. Faham tak!!!!” Tegas Fareha dengan menaip di skrin. Hatinya berasa puas kerana terluah apa yang terbuku dihatinya.

“Saya minta maaf..” Ayat terakhir dari Khad sebelum talian internetnya benar-benar diputuskan.

Fareha tersenyum puas.

Fail di hadapannya dilihat berbalam-balam. Pandangan matanya pula sekejap cerah, sekejap gelap. Jalannya pula terhoyong hayang. Fareha berasa mahu pitam.

“Kenapa kau Fareha ?” Pertanyaan dari Mariam antara dengar atau tidak sahaja di telingannya.

“Kau rasa nak pitam ker? ” Itu sahaja perkataan yang muncul dari bibir Mariam. Tuala basah digunakan untuk mengelap muka kawannya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience