BAB 9

Romance Completed 1342

“ Banyak jenis kerja sendiri ni. Buat consultant ke, meniaga ke..”

“ Saya buat home dekor dan mengajar tuisyen “

“Padanlah kalau awak couple dengan Fareha, dia pun kerani jer” Jawapan Mariam membuat Fareha hampir tersedak.

“Tak kisahlah kerja apa pun. Janji halal kan” Khad tesenyum sambil menyuap chicken chop ke mulut.

“Sebenarnya saya ajak awak ke sini, ada hajat sebenarnya” Ucap Khad sebaik mereka semua menghabiskan makanan. Mariam hanya mendiamkan diri kali ini.

“Hajat apa?”

“Saya nak masuk meminang awak !”

“Hah!” Mariam hampir menjerit tapi cepat-cepat dia menutup mulut. Matanya membulat menanti jawapan Fareha.

“ Kita pun belum benar-benar kenal pun. Cepat sangat ni” Ujar Fareha yang masih terkejut. Mujur juga Khad memberitahu. Kalau dia datang meminang tiba-tiba, lagi haru biru.

“Saya memang nak cepat. Masa yang saya ada suntuk sangat!”

“Kenapa..Khad ada penyakit ke? Ke nak ke oversea?” Teka Mariam. Mulutnya sudah tidak boleh ditahan-tahan. Fareha membulatkan mata lagi.

“ Permintaan keluarga. Diaorang mahu saya segera bernikah”

“Cuma satu lagi saya kena tanya. Sanggup tak awak bermadu?”

“Hah? Apa?” Kali ini Mariam meninggi suara. Pantang bagi dia kalau lelaki yang beristeri bermain kayu tiga. Fareha terdiam seketika.

“Lelaki macam ni la yang banyak merosakkan rumahtangga. Bini dah ada di rumah, sanggup cari lain” Kali ini Fareha membiarkan sahaja Mariam meletup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience