BAB 10

Romance Completed 1342

Mulut kawannya tu memang tak berlesen. Sejujurnya, dia sendiri terkejut dengan pengakuan Khad.

“Saya tak paksa” Khad cuba berbahasa. Marah tidak, terkejut pun tidak. Dia masih selamba seperti tadi.

“Kalau dah kerja tu cukup-cukup makan, jaga bini kat rumah sudahlah. Jangan pandai-pandai nak kacau anak dara orang. Dah la Fareha.. Jom kita balik. Nasib baik aku join. Kalau tak kau dah kena guna-guna dengan laki orang ni agaknya..” Marah Mariam sambil bangun dari kerusi. Fareha tidak mampu berkata apa-apa. Dia mengekor sahaja sebaik tangan ditarik Mariam.

Khad masih tercegat di meja sambil tersenyum!.

“Melampau sangat, mentang-mentang la kau bujang. Berani sungguh dia ajak” Mariam masih belum berpuas hati. “Aku rasa dia sengaja join speed dating tu untuk mencari mangsa. Mujur aku langsung tak tertarik kat dia”

“Sudahlah tu. Kan kita dah sampai rumah ni!” Bentak Fareha. Jelas tergambar kekecewaan di wajahnya.

“Nasib kau la Fareha. Ada orang minat pun laki orang!” Ujar Mariam melihatkan Fareha memasuki bilik.

Teet..teet..

Fareha melihat mesej Whatapps yang masuk sambil mengesat air mata.

“Saya minta maaf!” ungkapan dari Khad.

Dia bercadang tidak mahu membalas. Luka hatinya tadi masih terasa.

Apabila mengenangkan lelaki itu mungkin akan mencari mangsa lain. Fareha berubah hati. Lelaki ini perlu diajar. Dia akan Layan apa mesejnya dulu. Kemudian dia akan simpan semua mesej yang masuk, Kalau perlu, nanti dia akan mengungut untuk diviralkan di internet.

“ Tak perlu minta maaf pun. Kuota lelaki kan empat” Balas Fareha mengumpan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience