BAB 6

Romance Completed 1342

“Saya nak cancelkan sahaja. Mana boleh paksa-paksa orang?”

“ Cancel tu boleh. Tapi payment awak takkan dipulangkan. Rugi kan. Lagipun awak kena bagi sebab yang kukuh untuk tidak ikut lagi sessi akan datang”

“Ah..leceh la”

Fareha bangun selepas mencatat sesuatu pada kertas di hadapannya.

“Siapa yang paling awak tak suka?” Dia sempat bertanya.

“Kena jawab ke?”.

Fareha mengangguk nakal.

“Awek yang pakai blouse warna warni, yang banyak cakap tu”

“Cik Mariam tu…Dah agak dah!”

Suasana di pejabat mulai riuh setelah En. Daud memberitahu Puan Laila yang dia tidak masuk pejabat sebelah petang. Semua yang ada kini santai sambil bekerja. Masing-masing mula ambil kesempatan. Masa nilah nak buka katalong atau nak edarkan sample. Ada yang dah mula main game. Puan Laila sempat lagi membuka booth tudung di kaunter hadapan.

Fareha hanya memerhati. Dia sudah masak dengan perangai hikpokrit rakan-rakan sepejabat. Makin lama boss tak ada, makin naik lemak mereka semua. Kalau diikutkan hati, mahu saja dirakam di dalam telefon pintar dan dihantar kepada En. Daud. Bila mengenangkan rakan-rakan sepejabat yang sama-sama berkongsi susah dan senang, dia pasrah. Bukan selalu pun!.

“Kau baca mesej ni?” Mariam menghampiri Fareha dengan telefon bimbit di tangan.

“Dia ajak kau keluar?” Balas Fareha sebaik membaca. “Mamat yang mana ni?”

Mariam menggerakkan jari telunjukknya kearah gambar profil pengirim. “Kenal tak!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience