BAB 15

Romance Completed 1342

“Bertuah Akak dapat suami macam tu” Puji Mariam.

“Dik..Kami berdua berkawan dari kecil, bersekolah, di university…sampailah kami berkahwin. Akak kenal sangat dia tu. Kalau Akak tak mulakan…sampai ke sudah la dia membujang nanti….Sebab tu Akak kena buat semua sebelum Akak tak ada..Akak sebenarnya yang daftarkan dia dalam speed dating tu. Paksa dia pergi. Paksa dia mesej kamu…. Cuma dia tu memang berat sangat nak buat”

“Besar pengorbanan Akak ni!!” Puji Mariam lagi. Fareha masih berdiam. Satu persatu ayat dari Kak Masturan dihadam.

“Khad lagi besar pengorbanannya. Dia jaga Akak sepenuh jiwa. Sikit pun kasihnya tak berubah. Layanannya sama macam masa Akak sihat dulu…. Cuma Akak harap siapa yang gantikan Akak nanti..dapat jaga dia baik-baik.” Titisan jernih mengalir di tubir mata Kak Mastura.

Mariam memandang ke arah Fareha. Mata rakannya itu sudah berkaca.

“Khad tu pemalu sebenarnya. Kadangkala lurus bendul. Kita yang perempuan ni kena banyak sabar dengan feel dia. Tapi.. kasih sayang dia memang sepenuh hati.” Jelas Kak Mastura. “Dia buat Akak rasa macam perempuan yang paling bertuah sekali”

“Sanggup ke Fareha jadi pengganti Akak?” Kak Mastura memandang tepat pada Fareha yang mengelap lelehan air di tubir mata. Mariam pula kelu untuk berkata-kata.

“Saya rasa bersalah sangat dengan Khad, Akak. Sebelum ni, saya ada cakap perkataan yang tak patut saya ucapkan.”

“Kamu tak salah. Kamu tak tahu apa-apa pun. Cuma meneka. Sebab tu kamu bertindak macam tu. Khad pun satu, tak berterus terang awal-awal.” senyum sahaja Kak Mastura. Fareha bangun

memeluk Kak Mastura. Air mata keluar dari tubir mata mereka berdua sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi.

“Janji dengan Akak, jaga Khad baik-baik tau. Bagi dia anak yang comel-comel. Dia suka sangat kat budak budak… Tolong sayangi dia sepenuh hati. Bagi dia apa yang Kak tak mampu nak bagi” Bisik Kak Mastura ke telinga Fareha dengan nada sebak.

Fareha tidak mampu untuk menjawab. Dia hanya memeluk tubuh Kak Mastura lebih kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience